- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Terkini Bagi 9-15 Jun Ini
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa harga minyak meningkat sebanyak 2 sen, yang bakal berkuatkuasa mulai esok hingga 15 Jun depan.

Ini menjadikan harga baharu untuk RON97 kini ialah RM4.72 seliter berbanding RM4.70 seliter sebelum ini.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel kekal pada harga RM2.15 seliter walaupun harga pasaran yang sebenar bagi kedua-dua minyak ini telah pun melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
"Tindakan ini diambil bagi demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv


