- Berita
- Berita Auto
- Jam Teruk, Terpaksa Bersalin Dalam Viva
Gara-gara jalan sesak teruk, seorang wanita terpaksa bersalin sendiri di dalam kereta jenis Viva. Kejadian berlaku di Jalan Lintas, Kota Kinabalu kelmarin.
Ketika kejadian, wanita berusia 39 tahun itu sudah mengalami kontraksi menyebabkan suaminya lantas membawanya ke hospital.
Malangnya jalan yang sesak teruk menyebabkan suaminya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan bagi membolehkan isterinya bersalin.
Beberapa gambar yang tular di Facebook menunjukkan wanita itu yang berada di tempat duduk penumpang di hadapan terpaksa merebahkan kerusinya untuk memudahkannya bersalin.
Mujur tiada sebarang kejadian yang diingini berlaku. Wanita itu yang selamat melahirkan bayi perempuan dikejarkan ke hospital berdekatan. Kedua-duanya dilaporkan stabil.
Biarpun, Viva bukanlah kenderaan yang besar dan selesa namun ia tetap berbudi kepada tuannya!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/