Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kajian Polisi Lupus Kenderaan Sedang Dijalankan Penyelidik UKM

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kajian mengenai polisi lupus kenderaan (ELV) sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian tersebut dijalankan untuk mengenal pasti usia dan juga ciri-ciri kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan di jalan raya dan sesuai untuk dilupuskan.


Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, pelupusan kereta lama dapat mengatasi isu kenderaan buruk atau tersadai yang boleh mencemarkan alam sekitar dan mencacatkan pemandangan




Tambahnya lagi, data mendedahkan lebih daripada tujuh juta kenderaan buruk tersadai di pelbagai lokasi di Malaysia. 


“Bayangkan apa akan berlaku dalam 20 tahun lagi jika pemilik tidak ada kesedaran untuk melupuskan kenderaan masing-masing.




“Kita juga akan mengadakan advokasi kepada orang ramai supaya menamatkan riwayat kereta mereka apabila sudah sampai masa dengan membatalkan pendaftaran kereta (matikan geran) dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk dilupuskan.




“Justeru, kesedaran orang ramai untuk melupuskan kenderaan sangat penting,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Bagaimanapun, Rozmi berkata, banyak perkara perlu diambil kira sebelum merealisasikan polisi seperti itu di Malaysia termasuk kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah.




Dalam pada itu, beliau turut mengambil contoh negara maju seperti Jepun, Singapura dan Eropah yang berjaya mengurangkan lambakan kenderaan menerusi pelaksanaan polisi melupuskan kenderaan melepasi had usia lebih 10 tahun.

Tag:

kajian
lupus kereta
ELV
UKM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[KAJIAN] Lebih 80% Sanggup Langgan Perkhidmatan Untuk Ciri Tambahan Kereta

Berapa ramai yang sanggup bayar perkhidmatan langganan untuk ciri tambahan dalam kereta?

24-07-2023
Berita Auto

Android vs iOS: Kajian Dedahkan Pengguna Android Pemandu Lebih BAGUS?

Pengguna Androdi vs iOS, siapa pemandu lebih baik?

11-05-2022
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026