- Berita
- Berita Auto
- Lupus Kereta Lebih 10 Tahun Sebagai Solusi Kesesakan Trafik

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencadangkan satu langkah yang boleh diambil bagi membendung kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur yang semakin meruncing akhir-akhir ini.

Kumpulan penyelidik yang diketuai Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM, Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, peraturan yang menetapkan agar kenderaan berusia lebih daripada 10 tahun tidak dibenarkan digunakan di jalan raya patut dipertimbangkan.
Polisi ini dapat membantu menyeimbangkan jumlah kenderaan baharu dan lama yang digunakan orang ramai.
Baca: Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk
Bukan itu sahaja, pelupusan kereta lama juga dapat membantu pemilik menjimatkan wang daripada terus mengeluarkan belanja untuk membaiki kerosakan kereta lama yang sudah berusia lebih 10 tahun.

Selain itu, tindakan ini turut dapat membantu melestarikan alam sekitar kerana kadar emisi karbon daripada kereta lama selalunya lebih tinggi berbanding kereta baharu.
Apakah pendapat anda tentang cadangan ini?
Baca: 'Caj Kesesakan' Solusi Terbaik Isu Trafik Sesak Di KL?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

