Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Honda Panggil Balik 4 Model

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Malaysia memanggil balik sebanyak 1,527 unit kereta yang terdiri daripada model  City, City Hatchback, HR-V serta BR-V .


Arahan itu dikeluarkan bagi  menyelesaikan satu isu keselamatan. 

Berikut adalah perinciannya:


Panggilan semula itu melibatkan dua perkara:

A. Pemeriksaan nat tork pada Alternating Current Generator (ACG)

Bagi memeriksa tahap ketat terminal ACG pada harness enjin. Ini boleh menyebabkan kegagalan bateri dimana. Keadaan ini akan mengakibatkan enjin mati ketika memandu atau tidak boleh dihidupkan selepas kereta berhenti.

B. Pemeriksaan tahap ketat grounding bolt dunia (earth)

Pemeriksaan tahap ketat grounding untuk bolt earth dimana wayar harness boleh menjadi longgar sekali gus mengakibatkan enjin mati semasa  memandu atau tidak boleh hidup selepas kereta berhenti.


Di sebalik isu ini, Honda Malaysia memohon maaf  di atas kesulitan.

Bagaimanapun, pengeluaran semasa dan model yang belum dijual tidak terkesan dengan panggilan semula ini.

Untuk info, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini.

Kesemua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang akan menerangkan panggilan semula ini dengan lebih jelas. 

Jangan risau. 

Semua kos pemeriksaan, pembaikan dan penggantian alat yang berkait, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, hubungi talian bebas Honda Malaysia di 1800-88-2020.


Tag:

Honda City Hatchback
Honda Hatchback
HR-V
BR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Suku Pertama 2024: Lebih 21K Kereta Terjual

Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan kereta mencecah sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

17-05-2024
Kereta Baru

Honda City Hatchback, Harga Tak Mahal Sangat

Honda Malaysia melancarkan Honda City Hatchback sebentar tadi.

16-05-2024
Kereta Baru

Tempahan Honda City Hatchback Facelift Kini Dibuka – Pelancaran Suku Ke-2 Tahun Ini

Honda City Hatchback yang telah diberikan kemas kini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tempahan kini dibuka.

22-04-2024
Global

Honda City Facelift, Ada Varian Baharu

Honda melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di Thailand, baru-baru ini.

09-02-2024
Berita Auto

Pencuri Kereta Honda Dari Kedai Cuci Kereta Telah Digari!

Pihak polis berjaya menangkap lelaki yang didakwa telah membawa lari sebuah kereta Honda City dari kedai cuci.

24-11-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Honda City Hatchback RS e:HEV: Berbaloikah Bayar Lebih Hampir RM20K Untuk Hibrid?

Pandangan jujur penulis tentang Honda City Hatchback versi hibrid, RS e:HEV.

25-09-2022
Berita Auto

Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?

Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.

16-02-2022
Berita Auto

Honda City Hatchback Dilancar: Harga Bermula RM75,670

Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran Malaysia semalam.

07-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026