Link Copiedcheck_circle
EV

Thailand Menggalakkan Penggunaan EV Dengan Cara Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Thailand nampaknya tidak mahu ketinggalan jauh dalam penggunaan teknologi hijau. Semalam, negara jiran Malaysia ini telah mengumumkan langkah yang ingin diambil untuk mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara meluas. 


Jurucakap Jabatan Eksais, Nattakorn Uthainsut berkata, salah satu pendekatan yang akan diambil adalah termasuk sokongan untuk stesen pengecasan, ujarnya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. 




Buat masa ini, bagi menggalakkan orang ramai membeli EV, kerajaan Thailand menawarkan subsidi tunai, pengecualian tarif import dan pemotongan cukai eksais daripada 8 kepada 2 peratus. Subsidi tunai yang diberikan adalah antara 70,000 baht (RM8,711.99) kepada 150,000 baht (RM18668.55) bergantung kepada kapasiti bateri EV.


Menurut Nattakorn, sebanyak empat pengeluar kereta telah pun menyertai program promosi EV yang ditawarkan oleh Jabatan Eksais iaitu  Great Wall Motors, MG Thailand, Toyota Thailand dan Deco Green Energy. Sementara itu, lima atau enam syarikat lagi sudah menyatakan minat untuk menyertai program tersebut. 


Baca: Singapura Pertimbang Undang-Undang Baharu Untuk Galakkan Penggunaan EV


Selain merangka langkah untuk menyokong jualan EV, jabatan tersebut turut mempertimbangkan untuk meningkatkan cukai eksais ke atas kenderaan enjin pembakaran sebanyak satu atau dua peratus. 


Baca: Syarikat Ini Tawar Khidmat Tukarkan Kereta Klasik 50-an Kepada EV


Di samping itu, Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Egat) memberikan jaminan bahawa bekalan kuasa yang ada cukup untuk menampung peningkatan penggunaan EV dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang. Rangkaian pengecasan EV turut akan diperluas di seluruh negara. 


Baca: Wanita Ini Terajui Penghasilan Kereta Elektrik Pertama UAE




Berdasarkan statistik, semakin ramai rakyat Thailand yang berminat untuk menggunakan EV. Buktinya, lebih daripada 11,400 unit EV terjual sewaktu Bangkok International Motor Show yang diadakan pada awal tahun ini. 


Baca: Kajian Dedahkan Lebih 50 Peratus Pembeli Kereta Ingin Membeli EV, Ini Sebabnya...

Baca: Bateri EV Ini Boleh Capai 100% Dalam Masa 10 Minit!

Tag:

Thailand
ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Thailand Puji Pembangunan ECRL, Cadang Sambungan Hingga Ke Sempadan

Projek ECRL dijangka mampu memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand jika ia dilanjutkan hingga ke sempadan Sungai Golok.

16-05-2025
Berita Auto

Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

16-03-2023
Global

Honda WR-V 2023 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda WR-V 2023 kini telah dilancarkan secara rasmi di Thailand. Ini spesifikasinya...

13-03-2023
Global

Toyota Yaris Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand, Tampil Lebih Agresif!

Toyota Motor Thailand (TMT) baru sahaja melancarkan Toyota Yaris berwajah baharu dalam gaya yang lebih agresif.

11-03-2023
EV

Kilang BYD Bakal Dibuka Di Thailand, 150K Unit EV Akan Dikeluarkan Setiap Tahun

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, bakal membangunkan kilang pengeluaran kenderaannya di Thailand.

06-03-2023
EV

BYD , Jenama EV Terbesar China, Bakal Buka Kilang Di Thailand

BYD Co., bakal menandatangani perjanjian pembelian tanah dengan WHA Corp.

08-09-2022
EV

EV Harga Axia! VOLT City EV Lancar Di Thailand, Jarak 210KM

Volt City EV dari harga serendah RM40K, ini spesifikasinya...

05-08-2022
Berita Auto

Kereta Tersadai Di Thailand Kini Boleh Dibawa Pulang Tanpa Caj Bermula 1-30 Jun Ini

Rakyat Malaysia boleh bawa pulang kenderaan yang tersadai di negara Thailand.

24-05-2022

Berita Terkini

EV

Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan

Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.

20-06-2025
EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025