- Berita
- Berita Auto
- Tinggalkan Beg Dalam Kereta, Rugi RM10K
Jangan tinggalkan beg tangan atau barangan berharga di dalam kereta yang menyebabkan kenderaan terdedah untuk dipecahkan penjenayah.
Ini antara nasihat pihak polis setiap kali berlakunya, pecah kereta. Namun malangnya, masyarakat tidak mengambil pusing dengan kata- kata itu.
Terbaharu, gara-gara meninggalkan tiga beg tangan di dalam kereta jenis Perodua Axia yang diparkir di dalam masjid, tiga beranak kerugian RM10,000.
Lokasi kejadian di Masjid I’tikaf Yakubiyyah, Batu 25, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kelantan kelmarin.
Hanya kerana mahu solat Subuh dalam beberapa minit, tiga beranak itu membuat keputusan untuk meninggalkan beg tangan mereka.
Namun, malang tidak berbau, sebaik mereka selesai menunaikan solat, mereka mendapati cermin hadapan kereta itu pecah, manakala kesemua beg tangan didapati hilang.
Tiga beg tangan itu berisi dengan wang tunai, barang kemas, telefon pintar, kunci rumah, kunci kereta dan dokumen penting.
Anggaran kerugian sekitar RM10,000.
Satu laporan polis dibuat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung kes itu.
Jadikan kes ini sebagai ikhtibar!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/