Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Lelaki Ini Bongkar Cara Dapat Towing Percuma Dengan Selamat

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Apa nak buat kalau kereta rosak di tengah jalan? Kalau tak pernah melalui situasi ini pasti kelam-kabut dibuatnya. Bila rosak di tengah jalan dan tak boleh nak teruskan perjalanan, hanya satu sahaja solusi yang ada, iaitu memanggil kereta tunda atau lori towing. 


Tetapi, towing bukanlah satu servis yang murah, boleh jadi membabitkan ratusan ringgit, dan ini belum lagi ditambah dengan kos baik pulih kereta. Tetapi betul ke kalau kereta rosak tepi jalan memang ‘wajib’ keluar ratusan ringgit untuk towing


Cara Sebenarnya…


Satu perkongsian di TikTok @ Farqhan.com mendedahkan sebenarnya kita tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan bantuan towing kereta yang tersadai di tepi jalan. 


Dalam video sama, Farqhan turut berkongsi perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya kereta rosak di tepi jalan:


#1 Hentikan kereta di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan juga bonet belakang. 


#2 Letakkan segi tiga amaran atau kecemasan jauh daripada belakang kereta. Ini penting untuk mengelakkan kemalangan sekiranya ada pengguna jalan yang terlepas pandang amaran awal yang anda letakkan. 




#3 Lihat bahagian belakang cukai jalan yang ditampal pada cermin kereta, ambil nombor telefon insurans yang dipaparkan. 


#4 Cari tempat yang selamat untuk duduk, elakkan daripada duduk di dalam atau berdekatan kereta yang berada di lorong kecemasan untuk mengelakkan risiko dirempuh kenderaan lain. 




#5 Semasa berada di kawasan selamat, hubungi pihak insurans dan jawab beberapa soalan. Pihak insurans akan menghantar lori towing secara percuma. 


Anda boleh tonton video TikTok yang dikongsikannya di bawah:

Itulah lima perkara atau langkah yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi tidak disangka, kereta rosak di tepi jalan. Dah tahu barulah mudah! Bila anda tak tahu perkara ini, bukan sahaja rugi besar kerana terpaksa keluar beratus ringgit untuk towing, tapi juga mungkin membahayakan nyawa sekiranya anda tidak memikirkan betapa pentingnya langkah yang keempat. 


Jangan lupa untuk share artikel ini untuk manfaat bersama. 


Sumber: TikTok Farqhan.com




Tag:

tips
towing
kereta rosak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pemanduan Defensif Di Selekoh Menurun, Penyelamat Nyawa – MIROS

MIROS menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan laluan menurun dan berselekoh.

13-02-2023
Tips

Ini 8 Idea Hadiah Terbaik Untuk Pencinta Kereta Sempena Krismas! Dari Serendah RM36+!

CariCarz.com kongsikan senarai hadiah yang sesuai untuk diberikan untuk pencinta kereta.

23-12-2022
Tips

Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Tindakan Semasa & Selepas!

Perkara yang anda perlu ingat untuk lakukan semasa dan selepas banjir.

15-11-2022
Tips

Jenayah Pecah Rumah Dijangka Naik Raya Nanti! 7 Cara Elak Kereta Dicuri Semasa Pulang Beraya

Jenayah pecah rumah dijangka naik Aidilfitri ini. Ini 7 tips penting untuk mengelakkan kereta daripada dicuri semasa pulang beraya.

27-04-2022
Tips

Apa Perlu Buat Jika Kereta Rosak Tepi Jalan

Ramai akan panik bila kereta rosak di tepi jalan, ini tips untuk anda!

17-03-2026
Berita Auto

Pemuda Tuntut Keadilan Kereta Baru, Rosak

Pemuda kesal kereta rosak selepas selenggara.

01-04-2024
Berita Auto

Kereta Rosak, Wajib Lakukan Ini..

Jangan sesekali membiarkan kenderaan rosak dibiarkan begitu sahaja tanpa meletakkan sebarang papan atau kon amaran.

27-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026