Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Eh, Dah Besar Panjang Pun Masih Perangai Budak!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang lelaki yang tular di media sosial gara-gara duduk di atas sebuah Toyota Vellfire berwarna putih di Pulau Langkawi akhirnya ditahan polis kelmarin.

Aksi lelaki itu mencuri perhatian pemandu lain sehingga ada yang merakam gambar dan videonya sehingga tular.

Ada juga yang bengang dengan tindakan lelaki berkenaan terutama pengusaha kereta sewa di pulau peranginan itu yang mana aksinya itu dikhuatiri merosakkan struktur bumbung kenderaan mewah terbabit.


Berdasarkan gambar-gambar di internet, lelaki bertubuh gempal itu dilihat duduk dengan selamba melalui sunroof.

Sejak itu, pasukan polis di pulau peranginan memburu lelaki berkenaan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 25 tahun merupakan warga tempatan yang datang ke pulau itu untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Rupa-rupanya, pemuda itu berkelakuan aneh gara-gara mabuk.


“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk,” kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Pemuda itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026