Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Guna Kereta Biasa, Rupanya Seludup RON95 Sampai 373 Liter!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Salah sebuah kereta yang dirampas dalam serbuan ini (Foto: Utusan Malaysia)


Cubaan untuk menyeludup bahan api bersubsidi RON95 berjaya ditumpaskan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKPDNHEP) negeri Perlis.


Serbuan dilakukan di sebuah stesen minyak di Kangar, Perlis selepas anggota penguat kuasa PKPDNHEP Perlis melakukan risikan selama beberapa minggu. 


Menurut pengarahnya, Norazah Jaapar, pihaknya menyerbu dua buah kenderaan iaitu kereta Proton Persona dan Proton Saga. Sewaktu serbuan, Proton Persona terbabit sedang mengisi minyak, manakala Saga pula sudah selesai. 


“Pemeriksaan awal ke atas kedua-dua kenderaan itu mendapati kereta Proton Persona telah diubahsuai dengan satu unit tangki tambahan disyaki mengandungi petrol RON95. Selain itu, satu unit jerry can berisi petrol RON95 turut ditemukan dalam kenderaan itu.


“Bagi kenderaan Proton Saga, kita menemukan tiga unit jerry can disyaki berisi bahan bakar bersubsidi itu,” katanya di sini hari ini.


Dilaporkan pada tahun 2019, penjenayah ubah suai tangki untuk seludup minyak menggunakan Proton Wira (Foto: Sinar Harian)


Sejumlah 373 liter petrol RON95, empat unit jerry can, sebuah tangki tambahan dan dua kereta tersebut dengan nilai keseluruhan rampasan RM20,804.65 yang kini disita.


Kejadian lain yang dilaporkan Mei lalu, Perodua Viva dengan tangki ubah suai yang boleh memuatkan 200L petrol. (Foto: Harian Metro) 


“Siasatan mendapati modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan membeli bahan api bersubsidi itu di beberapa buah stesen minyak dalam negeri dan kemudiannya dijual kepada satu pihak lain. 


Kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 manakala dua suspek warga tempatan berusia 30 hingga 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan.


Sumber: Utusan Malaysia

Tag:

RON95,
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

PADU, Data Silang Pelbagai Agensi Jadi Rujukan Laksana Subsidi Bersasar RON95

Maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk rujukan silang, bersama data daripada pelbagai agensi kerajaan dalam menentukan kriteria dan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.

15-09-2025
Berita Auto

Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan

Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.

04-08-2025
Berita Auto

Minyak Naik, Turun: Kali Ini Harga RON97, Diesel Turun 3 Sen

Harga RON97 dan diesel turun 3 sen bermula esok.

02-07-2025
Berita Auto

Harga Petrol, Diesel Mingguan 27 Feb - 5 Mac

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal.

26-02-2025
Berita Auto

Lega, Tiada Kenaikan Harga Minyak Bermula 6 Feb - 12 Feb

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal sepanjang tujuh hari ini.

05-02-2025
Berita Auto

Tiada Kenaikan Harga: Semua Harga Minyak Kekal!

Ada berita baik untuk anda, harga minyak dikekalkan sehingga 13 November ini.

06-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026