Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Yuran Lesen Memandu Naik Bergantung Jenis Lesen

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial yang mendakwa kadar bayaran atau yuran mengambil lesen akan naik bermula 1 Julai lalu.

Ada yang mendakwa harga lesen memandu bagi kereta:

Manual : RM1,792

Automatik: RM2,004 

Sementara itu, berdasarkan tangkap layar yang tular di laman sosial, anggaran harga lesen memandu: 




Bagaimanapun, calon yang sudah berdaftar sebelum 30 Jun dikatakan akan diberikan harga lama dan tidak dikenakan sebarang caj tambahan.

Buat masa ini, harga bagi lesen ialah RM350 bagi motosikal kelas B, RM900 (B penuh), RM1,150 (kereta manual kelas D) dan RM1,250 bagi kereta transmisi automatik.


Sebaliknya, isu kenaikan bayaran untuk mendapatkan lesen memandu tersebut dikatakan hanya akan berlaku di Sabah.

Bagi mengesahkan perkara itu, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengemukakan cadangan menaikkan harga bagi mereka yang mahu mendapatkan lesen memandu.


Langkah kenaikan yuran lesen memandu dilihat wajar berikutan kenaikan harga barangan lain .

"Apatah lagi,  institut memandu juga perlu menanggung kos tinggi dalam menyediakan kemudahan di premis mereka.

“Penggredan institut memandu bagi memenuhi kriteria dan standard ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga mempengaruhi keputusan cadangan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, yuran untuk mendapatkan lesen memandu tidak pernah berubah sejak 10 tahun lalu dan kenaikan harga dilakukan seiring keperluan serta kehendak silibus JPJ pada ketika ini.

Anda jangan risau, katanya, kadar kenaikan harga untuk mendapatkan lesen memandu belum diputuskan dan masih dalam perbincangan bersama berapa pihak berkepentingan.

Jika harga lesen memandu naik, maka tidak hairanlah, lebih ramai yang akan memandu tanpa lesen selepas ini.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur