Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Civic Type R 2023 Dipertontonkan, Ini Imej Dan Spesifikasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar kereta Jepun, Honda, sebentar tadi telah mendedahkan Honda Civic Type R terbaharu bagi melengkapkan barisan keluaran Honda Civic generasi ke-11 dengan versi sporty. 


PRESTASI HONDA CIVIC TYPE R 2023




Model yang telah diuji di litar Nurburgring ini tampil dengan badan yang lebih ringan dan lebih tegar untuk memberikan kestabilan kepada kenderaan ketika dipecut pada kelajuan yang tinggi dan supaya dapat memberikan tindak balas yang lebih ‘tajam.’


Keluaran kali ini dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 2.0L Honda yang digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan yang dipertingkatkan dan juga sistem penyesuaian rev untuk memberikan lebih kepuasan kepada pemandu. 


LUARAN HONDA CIVIC TYPE R 2023




Type R kali ini dihadirkan dengan bentuk badan yang lebih panjang, rendah dan lebar serta tampak sofistikated dan gagah. Kesemua elemen ini digabungkan dengan teliti agar kereta memiliki kemampuan rintangan angin dan aerodinamik yang lebih baik. 




Pada bahagian depan, dapat dilihat reka bentuk bampar baharu yang lebih agresif dengan gril bercorak sarang lebah yang selari dengan kemasan sarang lebah atau honeycomb dalam kabin kereta. Pada sudut tepi,  dapat dilihat kereta menggunakan tayar yang lebih besar berbanding dulu. Gril fender depan juga lebih besar dengan rekaan ambang sisi yang baharu di belakang roda depan bagi meningkatkan lagi tahap efisien aliran udara kereta. 




Imej agresif kereta semakin menyerlah dengan pintu belakang Type R yang lebih lebar, bersama spoiler belakang yang telah direka semula dan juga bampar belakang dalam bentuk baharu yang mengapit diffuser baharu.




Di sini juga dapat dilihat tiga corong ekzos yang menjadi ciri eksklusif Type R sejak dulu.


Model ini ditawarkan dalam lima warna iaitu Historic Championship White, Rallye Red, Boost Blue, Crystal Black Pearl dan Sonic Grey Pearl.


KABIN HONDA CIVIC TYPE R 2023




Bergerak masuk ke dalam Honda Civic Type R 2023, dapat dilihat kereta menggunakan tempat duduk, karpet dan kemasan berwarna merah.




Upholsteri seperti Suede yang digunakan dapat mengurangkan gelinciran badan daripada tempat duduk semasa kereta dipandu laju.




Paparan meter eksklusif mod pemanduan +R baharu yang digunakan dapat memberikan informasi penting kepada pemandu dengan serta-merta. Di sini pemandu dapat melihat info rpm enjin, cahaya indikator rev dan posisi gear di samping info lain yang dipilih pemandu. 



Ciri menarik lain ialah pencatat data Honda LogR™ yang memberikan informasi masa nyata tentang pergerakan mekanikal kenderaan dan tingkah laku kenderaan hasil daripada input pemandu.




Selain itu, kereta turut dilengkapkan dengan jam yang merakamkan masa pusingan serta teknologi yang membolehkan pemandu berkongsi video pemanduan. 


HARGA HONDA CIVIC TYPE R 2023


Harga dan maklumat terperinci lain akan didedahkan semasa pelancaran rasminya yang akan diadakan tidak lama lagi. Jangan lupa untuk ikuti Facebook kami untuk mendapatkan info terkini Honda Civic Type R 2023 yang akan dikongsikan dari masa ke masa!


VIDEO PREVIU HONDA CIVIC TYPE R 2023


Tag:

Honda Civic
Honda Civic Type R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu.

06-08-2025
Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025