Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Catat Peningkatan Jualan Sebanyak 60%

Suhana Veru

Kongsi melalui

Semalam Honda Malaysia mengumumkan  bahawa pihaknya telah menjual lebih daripada 39,000 unit antara Januari dan Jun 2022 lalu.

Ini bermakna, peningkatan 60 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. 

Prestasi cemerlang itu membuatkan meletakkan syarikat berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan 2022 sebanyak 80,000 unit.


Pada 30 Jun lalu, Honda Malaysia menyumbang 12 peratus  kepada Jumlah Keseluruhan Industri  (TIV).

Daripada jumlah unit yang dijual pada separuh pertama 2022, Honda Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi jualan pada bulan Mac dengan lebih daripada 10,500 unit terjual.

Dari segi pretasi jualan mengikut model, Honda City adalah model terlaris apabola ia menyumbang 39 peratus  kepada jumlah jualan, diikuti oleh City Hatchback dan Civic masing-masing pada 23 peratus dan 18 peratus. 

Bagaimanapun Honda City, City Hatchback, Civic dan Accord adalah kereta bukan nasional nombor satu dalam segmen masing-masing mulai Januari hingga Mei 2022.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya memulakan tahun 2022 dengan penuh semangat terutama selepas pelancaran Civic pada Januari lalu.

“Jentera baharu yang dilancarkan itu meninggalkan  kesan yang mendalam dalam pasaran kerana didatangkan dengan ciri-ciri yang cukup menarik dan premium.

“Momentum jualan keluaran Honda dilihat semakin memberangsangkan apabila syarikat itu melancarkan HR-V baru-baru ini,” katanya.


HR-V yang dilengkapi dengan teknologi canggih mendapat sambutan luar biasa daripada pasaran.

“Penerimaan positif terhadap model Honda membantu meningkatkan prestasi jualan pada tahun ini. 

“Kami melihat permintaan yang tinggi dalam tempoh sehingga akhir pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022, di mana lebih 105,000 tempahan diterima dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,” jelasnya.

Honda Malaysia menghargai sokongan kerajaan kerana melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan dikecualikan cukai jualan sehingga 31 Mac depan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026