- Berita
- Berita Auto
- Kemalangan Jalan Raya Yang Membabitkan Tujuh Kenderaan, Empat Maut
Kemalangan Jalan Raya Yang Membabitkan Tujuh Kenderaan, Empat Maut
Empat beranak terkorban dalam satu kemalangan tragis yang membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) selamat dikebumikan di Seberang Jaya, semalam.
Jenazah Rahim Ramli, 60, Siti Petimah Omar, 59, bersama dua anak mereka iaitu Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27 dikebumikan dalam satu liang, awal pagi tadi.

Nyawa empat sekeluarga ini melayang dalam sekelip mata selepas sebuah lori treler tanpa muatan merempuh kereta mereka dari arah belakang.
Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta Persona yang dinaiki empat sekeluarga ini menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima kenderaan lain.

Apa yang menyedihkan keempat-empat pemandu dan penumpang di dalam kereta berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.

Sebaliknya, lima kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan ini mengalami kerosakan teruk namun kesemua pemandu dan penumpang terselamat.
Terdahulu media melaporkan, empat yang maut akibat tersepit dalam kereta dinaiki mereka setelah terlibat dalam nahas berkenaan.

Berdasarkan maklumat terkini, pemandu treler itu memiliki mempunyai saman trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas, termasuk tiga daripadanya adalah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2012, 2020 dan 2021.

Apa yang menjadi persoalan, mengapa pemandu treler ini masih dibenarkan memandu sedangkan mengikut rekod dia terlibat dengan begitu banyak kemalangan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/