Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga Terbabas Ke Dalam Parit – Ibu, Bayi Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Seorang ibu dan bayi lemas selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 141.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Yong Peng, Batu Pahat pagi Selasa.


Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki lima sekeluarga terbabas masuk ke dalam parit dan terbalik semasa melalui jalan tersebut. 


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan ini pada jam 6.19 pagi. 


"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki sebuah keluarga telah terbabas dan terbalik dalam parit yang dipenuhi air di tepi lebuh raya.


"Terdapat tiga mangsa berjaya keluar dengan sendiri iaitu Mohd Khusairi Mohd Khaida, 39, dan dua anaknya, Nur Ulmiyah Nuha, 9, dan Nur Nadiah Husha, 6.




"Dua lagi mangsa, Dalila Ilyia Abu, 36, dan bayi lelakinya, Khalis Mohd Khusairi yang berusia setahun tidak sedarkan diri dalam kereta dan dipercayai lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Sebaik panggilan kecemasan diterima, enam anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi. 


"Pihaknya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) terhadap mereka, namun tiada tindak balas.


"Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 8.53 pagi. 


Kredit foto: FB Wartawan Rakyat





Tag:

kemalangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.

25-07-2025
Berita Auto

Van Sekolah Kemek, Mujur Semua Murid Terselamat

Seorang pemandu van sekolah wanita tersepit, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam nahas dengan sebuah treler .

07-07-2025
Berita Auto

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

02-07-2025
Berita Auto

Bas Ekspres Kemalangan: Mujur Pelajar UMPSA Terselamat

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan kegagalan pemandu bas mengekalkan jarak selamat ketika memandu.

10-06-2025
Berita Auto

Lori Ikan Rempuh 5 Kereta, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah lori yang membawa muatan ikan merempuh lima kenderaan di Kilometer 341.5 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bidor semalam.

04-06-2025
Berita Auto

Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.

14-05-2025
Berita Auto

Lori FRU Tembung Dengan Lori Batu: 9 Anggota FRU Terkorban

Sembilan anggota FRU maut apabila lori yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu.

13-05-2025
Berita Auto

14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.

05-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

08-08-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR

Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.

07-08-2025