- Berita
- Berita Auto
- Anak Muda Berusia 24 Tahun Juarai GR Velocity Esports Championship 2022
Anak Muda Berusia 24 Tahun Juarai GR Velocity Esports Championship 2022

Muhammad Iqbal Suji yang dinobatkan sebagai juara pertandingan lumba maya, Esports Toyota GR Velocity berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.
Pemuda berusia 24 tahun dari Selangor itu berjaya mengalahkan sembilan lagi finalis menerusi tiga siri perlumbaan akhir.
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, aktiviti yang dianjurkan oleh Toyota di litar sebenar atau di dalam talian adalah untuk memperkasakan impian individu dan mendorong mereka untuk berjaya.

"Penganjuran Toyota GR Velocity Exports Championship memberikan mereka platform yang ideal untuk mengembangkan dan mengeluarkan potensi penuh mereka, di mana ada yang telah beralih ke perlumbaan yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pemenang utama Muhammad Iqbal akan mara mewakili Malaysia untuk Toyota GAZOO Racing GT Cup yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pasific (TMAP) pada 2 Oktober ini bersama Muhammad Uzair dan Taj Izrin Aiman Taj Madir.

Difahamkan ketiga-tiga pelumba Malaysia ini akan mewakili negara untuk peringkat akhir global yang akan diadakan di Monaco pada 25 November ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
