Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Cadang Bina Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri

Suhana Veru

Kongsi melalui


Apakah pendapat anda mengenai cadangan kerajaan yang berhasrat untuk membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri?

Apa jua pandangan anda, namun cadangan itu dikatakan untuk  memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.

Lebih menarik ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cadangan itu akan diselitkan dalam Bajet 2023, yang akan dibentang Oktober ini.


“Perlumbaan drag mungkin tidak terlalu bahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus,” kata Ismail Sabri.

Buat masa ini, hanya terdapat dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka.

Nampaknya, selepas ini semakin rancaklah sukan permotoran dalam negara. 

Apapun, dengan dengan wujudnya lebih banyak litar lumba seumpama ini, maka ia diharapkan dapat mengurangkan perlumbaan haram di jalan raya yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga meragut nyawa.



Terdahulu, negara digemparkan dengan satu  kemalangan cukup mengerikan apabila ia melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Pulau Pinang yang mengorbankan lima nyawa.

Nahas itu sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti lumba haram. 

Susulan itu, Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menaikkan kadar saman untuk pelumba haram daripada RM5,000 kepada RM10,000 termasuk hukuman penjara.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026