- Berita
- Berita Auto
- Sadis! Mayat Pemandu Grab Ditemukan Dalam But Kereta
Gambar hiasan
Sadis! Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza. Mayat tersebut ditemui dalam keadaan kaki terikat menggunakan kain, di samping cedera pada bahagian muka dan telinga.
Kejadian ini berlaku di Jalan Tugu, Kuala Lumpur, semalam pada kira-kira jam 6.40 pagi. Lelaki yang berusia 41 tahun itu dipercayai dibunuh.
Perodua Bezza merah dengan mayat seorang lelaki di dalam but (Foto: Berita Harian)
Sebelum penemuan ini dibuat, dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilaporkan telah mengesan kereta tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Bulatan Hishammuddin.
Kereta tersebut dikejar pihak polis sebelum pemandunya bertindak memberhentikan kereta di tepi jalan berdekatan Bangunan Majlis Perubatan Malaysia di Jalan Tugu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata, terdapat seramai empat orang dikesan meninggalkan Perodua Bezza terbabit untuk melarikan diri menuju ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM).
"Pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan dan menemukan mayat lelaki terbabit dengan kakinya terikat dengan kain, manakala muka dan telinganya berdarah.
"Siasatan awal mendapati kereta berkenaan digunakan untuk khidmat e-hailing dan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Bandar Putra Permai di Seri Kembangan di Selangor," katanya ketika dihubungi.
Tujuh Warga Asing Ditahan
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, berpandukan maklumat yang diperoleh pihak polis, seramai tujuh orang warga asing telah ditahan kerana terbabit dalam kes pembunuhan ini.
Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 20 ke 26 tahun.
Motif kejadian masih disiasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Berita Harian, Utusan
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

