Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SAH: Proton Jadi Pengedar Kenderaan Smart Di Malaysia/Thailand

Suhana Veru

Kongsi melalui


PROTON akhirnya  memuktamadkan perjanjiannya untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) di Malaysia dan Thailand dengan menandatangani Perjanjian Pengedaran Am, sebentar tadi.

Perjanjian Pengedaran Am itu ditandatangani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif smart Automobiles, Tong Xiangbei.

Pada Januari lalu, Proton mengumumkan Proton Edar dilantik menjadi pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.


Sebagai makluman, jenama Smart kini bukan lagi milik Mercedes, tetapi bertukar kepada usahasama dengan Geely Group. Proton Edar akan berperanan sebagai rangkaian jualan, menawarkan servis dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama smart.

Perjanjian ini bukan sekadar menjual model smart, tetapi ia turut melibatkan proses pembangunan keseluruhan bagi menembusi pasaran kenderaan tenaga baharu. 


Dikhabarkan Proton berhasrat untuk melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan.

Ketika ditanya mengenai siapakah penyedia pengecasan, Proton tidak mendedahkan secara terperinci namun sudah ada perbincangan membabitkan antara tujuh hingga lapan pihak.


Apapun, model pertama smart dijangka mula dijual seawal suku keempat 2023.

Malah Malaysia ialah pasaran pertama bakal menerima kemasukan model smart EV dengan pemanduan kanan.

Proton menyifatkan merupakan detik pertama penerokaan Proton dalam segmen EV, selain memiliki rancangan membuat pelaburan untuk rangkaian kemudahan stesen pengecasan EV menerusi kerjasama bersama penyedia pengecasan tempatan serta pemasangan.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam ucapannya berharap agar kerajaan mempertimbangkan idea untuk melanjutkan tempoh pengecualian eksais model import (CBU) yang akan tamat 2023.

Menyentuh mengenai harganya,  Smart menawarkan produk premium dengan harga agak mustahil bawah RM100,000 atau disasarkan kepada orang muda secara umum.


Ditanya mengenai sasaran jualan, Roslan berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 800 hingga 1,000 unit setahun di Malaysia sahaja.


Sebaliknya, Proton menetapkan sasaran jualan sekurang-kurangnya 10,000 unit  menjelang tahun 2027.

Soal rancangan pemasangan tempatan (CKD), Roslan kata ia masih agak awal untuk dijelaskan.

Antara faktor yang akan menentukannya ialah volum jualan dan pelaburan yang perlu dibuat.


Untuk makluman model smart #1 dijangka berada di Malaysia seawal Mei 2023 sebelum tempahan dibuka.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026