Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Siapa Ada Saman Tertunggak? Jom Serbu MAHA Sebab Polis Tawar Diskaun Saman

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula esok hingga Ahad ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh PDRM melalui satu hantaran di media sosial Facebook.

Pemberian diskaun diberikan sempena  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.


Difahamkan, pemberian diskaun saman itu  hanya diberikan kepada kesalahan-kesalahan terpilih namun tidak dinyatakan dengan lebih lanjut.

Lazimnya, JSPT akan memberi diskaun saman bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.

Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak acara. Semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak selama ini boleh membayarnya di Laman Tiba 1, MAEPS.

Berdasarkan notis yang tertera di Facebook PDRM, program itu akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Jadi, ambillah peluang dan kesempatan ini membayar saman-saman yang tertunggak.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026