Link Copiedcheck_circle
Global

Tempahan Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro Telah Dibuka Tapi Di...

Suhana Veru

Kongsi melalui


Chery secara rasminya membuka tempahan bagi model Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro untuk pasaran Indonesia sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).

Untuk info, Tiggo 8 Pro merupakan SUV tujuh tempat duduk dengan ciri-ciri premium yang terserlah melalui falsafah reka bentuk ‘Life in Motion 3.0’. 


Berikut adalah perincian mengenai Tiggo 8 Pro:

Jeriji hadapan berlian matriks geometri 

Lampu hadapan jenis LED

Susun atur kokpit

Sistem audio lapan pembesar suara Sony

Pencahayaan ambien pelbagai warna

Bumbung panoramik

Upholsteri dwi-tona hitam dan coklat

Panel instrumen 12.3 inci

Skrin kawalan iklim 8-inci 

Skrin infotainmen

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi 12 fungsi termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Rempuhan Hadapan (FCW), dan juga kamera 360 darjah.

Dikhabarkan, Tiggo 8 Pro dijana enjin siri ACTECO generasi ketiga 1.6 TGDI yang menyalurkan 197 PS dan 290 Nm kepada roda hadapan melalui transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan. 

Transmisinya tersebut mempunyai kecekapan sebanyak 96 peratus sekali gus membolehkan penghantaran kuasa yang lebih lancar.


Sementara itu, Tiggo 7 Pro yang merupakan ‘adik’ kepada Tiggo 8 Pro  turut menampilkan jeriji hadapan berlian matriks geometri dengan bucu lebih tajam, lampu hadapan matriks LED pintar, lampu belakang through-type serta gaya bumbung terapung.

Berikut adalah ciri yang ada pada Tiggo 7 Pro:

Panel instrumen LCD tujuh inci

Skrin kawalan tengah 10.25 inci

Skrin kawalan iklim lapan inci

Kamera 360 darjah 

Skrin kawalan tengah yang lebih besar

Ada pintu belakang elektrik induktif

Pengecasan peranti mudah alih tanpa wayar

Gearshift elektronik 

Ada arahan suara,

Bagi memberi keselesaan, ia dipasang dengan suspensi hadapan topang MacPherson bebas dan multi-link di belakang.

Malah, kesemua varian didatangkan dengan tempat duduk kulit, penghawa dingin dwi-zon automatik, enam beg udara dan kawalan kestabilan Bosch, manakala lebih 10 fungsi ADAS tersedia, termasuk kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan.

Untuk info, Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro serta OMODA 5 merupakan antara model Chery yang sedang dirancang untuk pasaran Malaysia. 

Chery kini sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan ke arah mewujudkan operasi pemasangannya di sini.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026