Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua Alza yang dipamerkan sewaktu majlis pelancaran di KLCC


UMW Group, menerusi UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat sekutunya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mendedahkan bahawa syarikat memiliki jumlah tempahan tertunggak yang tinggi. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata kedua-dua syarikat, UMWT dan PERODUA akan berusaha meningkatkan jumlah pengeluaran agar kereta dapat diserahkan kepada pelanggan. 


"Dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami yakin untuk mencapai sasaran jualan bagi tahun ini," kataya dalam satu kenyataan.


Sejumlah 24,983 unit kereta telah diserahkan oleh UMW pada bulan Julai 2022 berbanding 2,105 unit pada bulan sama tahun lalu. 


UMWT dan PERODUA mencatatkan pencapaian jualan yang memberangsangkan pada bulan lalu. 


Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?


Sementara itu, pada tempoh sama tahun lalu (Julai 2021), jualan terkesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara 1 Jun hingga 15 Ogos tahun lepas.


Sepanjang tempoh tujuh bulan 2022, UMW telah menyerahkan sebanyak 198,237 unit, 48 peratus lebih tinggi berbanding 133,506 unit yang didaftarkan pada tempoh sama 2021.


UMWT merekodkan penjualan 6,637 unit kenderaan bulan lalu, berbanding hanya 1,450 setahun lalu apabila PKP memberi kesan kepada jualan dalam bulan berkenaan.


"Setakat tahun ini, UMWT telah mendaftarkan jualan 52,548 unit, 48 peratus lebih tinggi daripada 35,561 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama 2021," katanya.


Pada 24 Jun baru-baru ini, UMWT sudah mula membuka tempahan bagi Toyota Veloz, model yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.




Dalam bulan Ogos, UMWT menawarkan promosi untuk pembelian Vios dan Yaris untuk melariskan lagi jualan kedua-dua model ini. 


Baca: UMW Toyota Capai Jualan 6,637 Unit Pada Julai 2022


Sementara itu, UMW berkata PERODUA mencatatkan jualan 18,346 unit pada Julai 2022, jauh lebih tinggi berbanding hanya 655 unit didaftarkan pada Julai 2021.


"Bagi tempoh tujuh bulan pertama 2022, PERODUA mencatatkan jualan 145,689 unit, 49 peratus lebih tinggi daripada 97,945 unit yang didaftarkan sepanjang tempoh sama 2021," katanya.

Untuk memperkukuh kedudukan PERODUA sebagai peneraju pasaran, Perodua Alza serba baharu telah dilancarkan pada 20 Julai lalu. 

Tidak lama lagi, PERODUA akan memperkenalkan Ativa Hybrid yang boleh digunakan orang ramai melalui skim langganan.

Sumber: Berita Harian

Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Baca: [FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K

Tag:

Perodua
Toyota
Toyota Vios
2022 PERODUA ALZA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026