- Berita
- Global
- Toyota Yaris Ativ, Harga Bermula RM68K

Akhirnya penantian tentang pelancaran Toyota Yaris Ativ berakhir apabila ia dilancarkan secara rasmi di Thailand semalam.
Pelancaran jentera itu memberi sedikit gambaran awal mengenai generasi keempat Toyota Vios di Malaysia.
Menerusi beberapa gambar dan video teaser sejak dua minggu lalu, kami membuat kesimpulan bahawa jentera ini didatangkan reka bentuk luaran baharu yang agak tajam, manakala kabinnya cukup mewah.
Harga jualan Toyota Yaris Ativ di pasaran Thailand adalah seperti berikut:
• Yaris Ativ 1.2 Sport CVT : 539,000 baht (RM67,700)
• Yaris Ativ 1.2 Smart CVT : 584,000 baht (RM73,352)
• Yaris Ativ 1.2 Premium CVT : 659,000 baht (RM82,772)
• Yaris Ativ 1.2 Premium Luxury CVT : 689,000 baht (RM86,540)


Toyota Yaris Ativ hadir dengan beberapa kelengkapan standard seperti:
• Lampu depan LED
• Eim bersaiz 16 inci yang dibalut tayar bersaiz 195/60 R16
• Lampu belakang LED
• Roda stereng boleh laras empat cara
• Sistem kemasukan pintar tanpa kunci
• Skrin infohibur bersaiz lapan inci
• Ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto
• Sistem audio dengan dua pembesar suara

Ia dibangun di atas platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture), dimensi Yaris Ativ adalah sepanjang 4,425mm, lebar 1,740mm, tinggi 1,480mm dengan jarak antara roda 2,620mm.

Jika anda perhati dengan teliti, sedan dengan platform DNGA ini menerima roda stereng, paparan instrumen digital tujuhinci dan tombol gear yang seiras dengan Perodua Alza dan Ativa.


Ciri keselamatan:
• enam beg udara
• ABS
• EBD
• Bantuan Brek
• Sistem Kawalan Kestabilan
• Kawalan Cengkaman
• Bantuan Mula Mendaki
• ISOFIX

Menyentuh mengenai prestasi enjinnya, Ssdan itu menggunakan khidmat enjin 3NR-VE bersesaran 1.2 liter aspirasi biasa (NA).
Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa 94hp pada 6,000rpm dan tork 110Nm pada 4,400rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear Super CVT-i bersama ciri Sequential Shift.


Untuk info, bagi setiap varian ada beberapa ciri yang berbeza.
Berikut adalah perinciannya:
Varian kedua terendah:
• Skrin kluster digital TFT tujuh inci
• Skrin infotainmen sembilan inci
• Slot pengecasan USB depan dan belakang
• Ada kamera depan
• 4 pembesar suara
Ada pakej Toyota Safety Sense yang merangkumi Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan Stereng, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan dan Sistem Perlindungan Pedal Pendikit.

Varian Premium
• Penapis udara PM2.5
• Corong pendingin hawa baris kedua
• 6 pembesar suara
• kemasan hitam berkilat
• lampu isyarat membelok sekuential
• kemasan upholsteri kulit berwarna perang
• Ciri keselamatan: Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Parkir Elektrik dengan fungsi Auto Hold, sistem pemantauan keliling panorama, sistem amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta bantuan suluhan tinggi automatik

Premium Luxury
• Kemasan premium
• Tempat duduknya dibalut dengan kulit tulen dan sintetik berwarna merah
• Papan pemuka jenis soft touch
• Kemasan kulit berwarna merah pada panel pintu balutan
• Sistem pencahayaan ambien 64 warna
• Sistem audio Pioneer
• 6 pembesar suara

Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/