Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas! Banyak Jalan Persekutuan Rosak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kontraktor membaiki jalan rosak.

Saban hari, ada sahaja laporan mengenai masalah jalan rosak di negara ini.

Terbaharu seorang lelaki menang saman sebanyak RM2,980 daripada pihak insurans pihak berkuasa tempatan.

Saman itu dikemukakan ke atas PBT itu  gara-gara keretanya rosak akibat terlanggar lubang.

Untuk itu, mahkamah mengarahkan PBT terbababit membayar tuntutan berjumlah RM2,980 untuk menggantikan empat rim (RM1,800), tayar (RM800), upah penjajaran roda (RM180) dan caj kereta tunda (RM200).


Jalan berlubang bukan sahaja merosakkan kenderaan tetapi boleh meragut nyawa pengguna.

Di sebalik laporan itu,  Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pula mendedahkan bahawa 60 peratus Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya!

Untuk itu, sebanyak RM3 bilion diperlukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah tamat tempoh.

"Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya.

Diharapkan pihak berkuasa mengambil langkah segera sekiranya sudah menyedari bahawa banyak jalan Persekutuan rosak sebelum nyawa pengguna melayang!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026