Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banjir 2022: Lebih 10 Juta Rakyat Malaysia Bakal Terjejas Akibat Banjir

Suhana Veru

Kongsi melalui


Banyak rumah rosak akibat banjir.

Amaran!

Adakah anda juga tergolong dalam golongan mangsa banjir pada musim ini?

Jika ya, anda sudah perlu bersiap sedia menghadapi bah besar!

Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia berkemungkinan besar akan terkesan dalam tragedi banjir pada hujung tahun ini.


Banjir di Pahang pada tahun lepas.

Kenyataan itu agak kukuh apatah lagi apabila warga Shah Alam, Selangor pada tahun lepas  berdepan bencana banjir terburuk dalam tempoh 25 tahun.

Selain Selangor, kejadian itu turut memberi kesan kepada lapan buah negeri dengan lebih 70,000 kehilangan tempat tinggal dan mencatatkan kerugian kira-kira 6.1 bilion.

Terbaharu, MetMalaysia ada  mengeluarkan ramalan bahawa musim banjir sudah tiba dan berkemungkinan akan kekal sehingga awal tahun depan.

Maka, musim banjir kali ini yang akan melanda sekitar November mungkin akan menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia.


Orang ramai terkandas dalam kesesakan akibat banjir.

Berikut info negeri-negeri yang bakal terjejas adalah seperti berikut:

Kelantan (1.8 juta orang)

Terengganu (1.2 juta orang)

Johor (4 juta orang)

Pahang (1.6 juta orang)

Sebahagian Sarawak (2.5 juta orang)

Selain itu, MetMalaysia juga menyebut negeri-negeri berikut mungkin akan turut dilanda banjir akibat perubahan cuaca;

Selangor

Kuala Lumpur

Bahagian utara Kedah

Bagi yang pernah menjadi mangsa banjir, diharapkan anda mengambil langkah-langkah persediaan menghadapi musim banjir kali ini.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026