- Berita
- EV
- Cas 5 Minit Dapat 200 KM! XPENG G9 Bakal Dilancarkan Di China 21 September Ini
Cas 5 Minit Dapat 200 KM! XPENG G9 Bakal Dilancarkan Di China 21 September Ini

XPeng Inc., syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China bakal melancarkan model terbaharunya, SUV G9, pada 21 September 2022 nanti.
BATERI TERPANTAS
XPENG G9 yang akan dikeluarkan nanti akan menjadi EV pengeluaran besar-besaran dengan kemampuan pengecasan terpantas di dunia. Menggunakan sistem Silicon Carbide (SiC) berkapasiti 800 V yang pertama China, teknologi ini membolehkan G9 dicas sehingga 200 km dalam masa hanya 5 minit!
DILENGKAPKAN DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH

G9 juga akan dilengkapkan dengan sistem bantuan pemandu termaju senario penuh yang pertama dalam industri untuk memberikan pemandu pengalaman pemanduan yang terbaik.
Di ruang kabinnya, XPENG dilengkapkan dengan sistem media Xopera, yang dihasilkan untuk memberikan pengguna pengalaman imersif 5D.

Selain itu, G9 turut hadir dengan sistem pemanduan semi-autonomi yang sama seperti yang terdapat pada Autopilot Tesla. Ciri yang dimilikinya menjadikannya pesaing rapat Tesla Model Y.
Baca: Curi Data Sulit Apple Car, Sebelum Letak Jawatan Untuk Bekerja Di China, Jurutera Ditahan
Dalam masa hanya 24 jam pertama selepas pendedahan ruang kabin kereta dibuat pada Ogos baru-baru ini, G9 telah menerima lebih daripada 20,000 unit pra-tempahan! Kepercayaan orang ramai kepada kemampuan XPENG untuk menghasilkan EV hebat nampaknya tidak dapat lagi disangkal.
HARGA SUV G9

Mengenai harganya, ia masih belum diumumkan lagi, namun beberapa laporan mendedahkan bahawa SUV G9 ini bakal dijual pada harga bawah AS$74,680 (RM339,756).
Baca: Mohon Pengecualian Cukai EV Diteruskan, Insentif Sehingga 10 Tahun – MAA
PELANCARAN SUV G9
Acara pelancaran G9 bakal ditayangkan pada 21 September nanti di Facebook dan Twitter pada jam 7 petang. Versi bahasa Inggeris akan dikongsikan dalam video rakaman selepas tayangan langsung. Jangan terlepas!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
