Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Amal Pendekatan User- Centric

Suhana Veru

Kongsi melalui


Barisan model Chery.

Demi kepuasan para pelanggan, syarikat pengeluar kenderaan dari China, Chery kini mengamalkan kaedah pengurusan penyelidikan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) untuk memastikan sejauh mana perkhidmatannya memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Untuk info anda, Chery juga berhasrat untuk  mengamalkan pendekatan ‘user-centric’ global untuk pasaran Malaysia.

“Malah, berdasarkan persediaan pra-selidik serta pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan, kami mahu  mendekati para pelanggan dengan lebih mendalam dengan memahami gaya hidup, keperluan dan kehendak mereka secara menyeluruh.

“Tindakan ini dilihat dapat meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan kesetiaan para pelanggan,” kata Chery dalam satu kenyataan.

Lebih menarik, Chery juga telah membangunkan saluran perkhidmatan atas talian bagi membolehkan tindakbalas dan penyelesaian yang cepat.

Platform data OTA (over-the-air) bukan sahaja boleh mengesan kenderaan secara bijak dari jauh, malah menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian dalam cloud.

Bukan itu sahaja, aplikasi mudah alih global yang beroperasi 24 jam juga membolehkan respons pantas kepada isu pelanggan. 


Chery berazam untuk memberi servis selepas jualan yang terbaik kepada para pelanggannya.

Antaranya seperti memberi maklum balas kepada setiap pertanyaan atau masalah pelanggan di media sosial.

Nampaknya usaha Chery tidak sia-sia kerana terlalu mengutamakan kepuasan para pelanggannya.

Perkara ini jelas terbukti apabila pada Julai lalu, JD Power telah mengeluarkan keputusan 2022 China Sales Service Satisfaction Study (SSI) dimana Chery sekali lagi menduduki tempat kedua dari segi kepuasan jualan dalam kalangan jenama di China.

Bulan berikutnya, dalam Laporan Tinjauan Indeks Daya Tarik Kereta Baharu JD Power 2022, Chery meningkat sebanyak lapan tempat untuk menduduki tempat ke-15 dalam kalangan jenama arus perdana, dengan Arrizo 6 Pro memenangi kategori sedan bersaiz sederhana dan Tiggo 8 Pro Max menduduki tempat kedua pada segmen SUV saiz pertengahan.

Untuk itu, Chery berazam untuk membina dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia melalui penyelidikan pasaran yang menyeluruh.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026