Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Foto Intipan BMW M5 2024 Tersebar!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Lebih banyak foto intipan BMW 5 Series generasi terbaharu kini tersebar. Melalui foto kali ini, kita dapat melihat M5 dengan lebih jelas terutamanya pada sudut lampu dan gril.

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Sebelum ini, kesemua prototaip yang dipaparkan adalah berdasarkan badan 5 Series sedia ada, namun dalam sesi ujian terbaharu ini, M5 dilihat hadir dalam bentuk badan baharunya yang sebenar. 

REKABENTUK PROTOTAIP BMW M5 2024

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Prototaip yang dikesan oleh perisik kali ini menggunakan badan M5 sebenar, dari sini kita dapat melihat beberapa elemen menarik pada model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi (reka bentuk sewaktu pelancaran nanti mungkin berbeza daripada prototaip dipaparkan). 

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Berdasarkan foto yang dikongsikan, fender kereta kelihatan lebih luas dan perumah gril pula nampak berbeza daripada 5 Series biasa. Jika dilihat secara terperinci, bentuknya menyerupai gril pada M4 CSL. 

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Di samping itu, prototaip ini dilihat menggunakan lalpu depan dan corong ekzos quad empat lubang sama seperti pada M5 sedia ada. Spoiler kecil di sudut belakang kereta memberikan M5 gaya yang lebih agresif.

BAHAGIAN KABIN BMW M5 2024

Untuk bahagian dalam, M5 terbaharu ini berkemungkinan besar akan didatangkan dengan skrin iDrive 8 yang sama digunakan pada 5 Series lain, tetapi menerima sentuhan model M untuk gaya yang lebih sporty pada bahagian stereng dan tempat duduk iaitu dalam balutan kulit bergred tinggi. 

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Juga buat pertama kalinya sejak E61 M5, model ini akan turut ditawarkan dalam gaya badan Touring. 

ENJIN BMW M5 2024

Perubahan paling besar pada M5 akan datang ialah sudut enjin kereta. Model yang dipasarkan sekarang menggunakan enjin V8 4.4L turbo berkembar dengan output maksimum 591 hp/750 Nm, sementara itu, M5 terbaharu nanti bakal hadir dalam versi hibrid, trenkuasa plug-in hibrid sama yang bakal kita lihat digunakan pada BMW XM akan datang. 

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

Ini bermakna M5 2024 nanti akan menggunakan enjin V8 turbo berkembar dengan gabungan teknologi hibrid plug-in yang dikhabarkan dapat menyalurkan output maksimum 750 hp. Sekiranya benar, bermakna M5 terbaharu nanti adalah 150 hp lebih berkuasa berbanding model ditawarkan sekarang.

BILA BMW M5 2024 AKAN DILANCARKAN

Foto intipan BMW M5 2024 (Foto: Top Speed)

BMW M5 generasi terbaharu ini dikhabarkan akan dilancarkan dalam tahun 2023 sebagai model 2024. Versi Touring pula akan dilancarkan antara enam ke 12 bulan kemudian, mungkin juga pada tahun 2025. 

Sumber: CarPix, TopSpeed

Baca: Himpunan BMW M Terbesar Sempena Hari Malaysia

Baca: BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Tag:

BMW 5 Series
BMW Group Malaysia
BMW M5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW 5 Series Generasi Terbaru, G60, Dipamerkan di SKY5PACE

BMW Group Malaysia memperkenalkan barisan model terbaru sedan eksekutif premium, BMW 5 Series generasi G60, di acara SKY5PACE.

26-09-2024
Berita Auto

Pandu Lawan Arus Hingga Kemalangan

Mujur, kedua-dua pemandu selamat.

02-10-2023
Berita Auto

Imej Sedan BMW M5 G90 Tersebar – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Seorang pengguna Instagram telah mendedahkan foto BMW M5 baharu.

30-08-2023
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026