- Berita
- Berita Auto
- Kematian Mungkin Disebabkan Terhidu Gas Karbon Monoksida
Dua mayat ditemui dalam Perodua Kancil berwarna merah.
Misteri kematian sepasang kekasih di dalam kereta Perodua Kancil yang diselimuti dengan kanvas masih belum terjawab.
Kejadian itu berlaku di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Lubok China, Melaka, pagi tadi.
Orang awam menemui mayat lelaki dan perempuan masing-masing berusia 20 dan 16 tahun. Kedua-duanya lengkap berpakaian.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kita percaya pasangan itu meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida.
“Kita juga percaya mereka sengaja menutup kereta milik bapa si lelaki dengan kanvas bagi mengelak kenderaan ditemui,” kata Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah.
Polis juga tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku disebabkan hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga mangsa.
Salam takziah kepada keluarga mangsa!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/