Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerana Elak Lopak Air, 5 Kenderaan Berlanggar, 4 Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di  Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Foto: Ihsan Bomba)


Hanya kerana satu tindakan kecil, membawa malapetaka besar yang menyebabkan empat orang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Kluang, awal pagi semalam.


Empat maut dalam kemalangan ini (Foto: Ihsan Bomba)


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga orang mangsa yang menaiki Toyota Corolla maut di tempat kejadian selepas kereta mereka merempuh sebuah treler. Mangsa ialah pemandu kereta, Goh Tiong Seng, 50-an, dan penumpang belakang iaitu Goh Pei Chiew, 20-an, serta Goh Xuan Ting, 20-an.


"Sementara itu, penumpang hadapan Toyota Corolla berkenaan, Hong May Yin, 50-an, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom," katanya ketika dihubungi.


Keadaan van yang terlibat dalam kemalangan ini (Foto: Aku Budak Kluang)


Komander Operasi yang Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Abd Rahim Razali berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Melaka ke Johor telah merempuh belakang treler yang memperlahankan pergerakan selepas terlihat kemalangan membabitkan Perodua Myvi, sebuah van dan dua motosikal di hadapan. 


"Awal sebelum kemalangan maut itu berlaku, sebuah Perodua Myvi cuba mengelak lopak air sebelum berpusing dalam kejadian hujan lebat.


Keadaan Myvi yang terlibat dalam kemalangan ini (Foto: Aku Budak Kluang)


"Kemudian, sebuah van datang dan gagal mengelak Perodua Myvi sebelum merempuhnya disusuli sebuah motosikal yang juga gagal mengelak dan merempuh Perodua Myvi yang sama, manakala sebuah lagi motosikal terselamat kerana sempat mengelak.


"Pemandu Perodua Myvi cedera, manakala van dan penunggang motosikal selamat," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: Harian Metro


Baca: Tiba-Tiba Keluar! 6 Kenderaan Berlanggar, 2 Maut


Baca: Tiga Kereta Remuk Dirempuh Lori Pasir Hilang Kawalan


Baca: Minyak Tumpah, Bahana Menimpa Kira-Kira 20 Pengguna Jalan Ini



Tag:

Perodua Myvi
kemalangan
Toyota Corolla
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati

Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.

22-12-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026