Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

OPR Naik Kali Ke-3 Tahun Ini, Faedah Pinjaman Kereta Juga Meningkat?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gambar hiasan


Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.


Kenaikan ini merupakan kali ketiga bagi tahun ini, pertama pada Mei lalu dan seterusnya pada bulan  Julai. Masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.


Menurut BNM, ekonomi global terus berkembang walaupun pada kadar sederhana disebabkan peningkatan harga kos, situasi kewangan global yang semakin ketat serta langkah pembendungan Covid-19 yang ketat di negara China. 


Rakyat China beratur untuk melakukan ujian Covid-19 di Chengdu, Sichuan pada 2 September 2022 (Foto: EPA-EFE)


Selain itu, meskipun keadaan rantaian bekalan global kian stabil, tekanan inflasi tetap tinggi disebabkan harga komoditi yang semakin meningkat di samping pasaran pekerja yang ketat. 


"Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat.


"Khususnya, pelarasan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang agresif telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang kukuh.


"Hal ini telah menyebabkan ketidaktentuan yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, lantas memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit," katanya.


Kadar Faedah Pinjaman Sewa Beli Meningkat


Seperti yang pernah dilaporkan, penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata, OPR yang tinggi akan menyebabkan kadar faedah bagi pinjaman sewa beli juga tinggi, sekaligus menjadikannya lebih mahal dan mengurangkan kemampuan lebih ramai orang.


Gambar hiasan


"Oleh itu, kami percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam kelulusan pinjaman sewa beli.


Gambar hiasan


"Ini juga berpotensi membawa kepada penurunan kadar kelulusan pinjaman sewa beli," katanya.


Baca: ​​Kadar Faedah Naik: Bank Lebih Berhati-hati Luluskan Pinjaman Kereta

Tag:

OPR
faedah pinjaman kereta
Bank Negara Malaysia
BNM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ramai Buat Pinjaman 9 Tahun, Ramai Pilih MYVI?

Ramai yang nak pakai kereta, sebab itu sanggup memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun.

10-03-2024
Berita Auto

Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?

Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.

07-11-2022
Berita Auto

Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?

Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.

07-11-2022
Berita Auto

Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?

Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.

07-11-2022
Berita Auto

Isu e-Invois, Mungkin Ada Kaedah Baharu

MAA menjangkakan bahawa pihak bank dan pengedar kenderaan akan memperkenalkan tawaran yang lebih baik.

16-07-2024
Berita Auto

Bank Negara Malaysia Naikkan OPR Lagi, Faedah Pinjaman Kereta Makin Tinggi?

Kadar faedah pinjaman kini terkesan lagi dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali keempat tahun ini.

07-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026