- Berita
- Global
- Pecahkan Kereta Sendiri, Sanggup Tengok Duit Melayang!

Tak puas hati, pemilik kenderaan sanggup pecahkan kereta sendiri.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah syarikat tempatan yang enggan menggantikan kenderaan baharu, seorang wanita bertindak memecahkan cermin hadapan keretanya.
Kejadian itu berlaku di Korat, timur laut Thailand pada Khamis lepas.
Memetik kenyataan laporan laman berita Thaiger, wanita itu, Runghathai, 42, bertindak di luar kawalan kerana ada perselisihan faham dengan syarikat terbabit sejak Mac lalu.
Difahamkan, Rungathai baharu sahaja membeli trak pikap itu pada harga 1.48 juta baht (RM180,650) pada 2 Februari lalu namun selepas sebulan memandunya, komponen pembersih udara jentera itu tidak berfungsi.
Sudah beberapa kali mengutarakan masalah itu kepada syarikat kereta berkenaan sehingga dia ada mencadangkan supaya diberikan kereta baharu model sama atau bayaran balik.

Sebatang besi digunakan untuk memecahkan cermin hadapan jentera itu.
Sebaliknya, pihak syarikat mendakwa mereka tidak boleh menawarkan kereta baharu kepadanya sedangkan kereta itu boleh dibaiki.
Berang dengan kenyataan itu, Runghathai bertindak memanjat bonet dan memecahkan cermin hadapan kereta dengan menggunakan sebatang besi.
Tindakan Runghathai itu membuatkannya dia tular di internet.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/