Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pemandu Wira Aeroback ini dicari pihak polis (Foto: PDRM)


Pemandu Proton Wira Aeroback dengan nombor plat TAC 5688 kini sedang cuba dikesan pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari sehingga menyebabkan salah seorang mangsa meninggal dunia di Kilometer 83.4 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai Petani, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta yang dilihat dengan nombor pendaftaran TAC 5688 itu melarikan diri dari lokasi kejadian.  


Kereta tersebut dikesan sewaktu melalui Plaza Tol Gurun yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV). 


"Setakat ini, pemandunya belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan kita sedang meneliti serta menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri yang memandu atau individu lain menggunakan kenderaan itu ketika kejadian.


Mangsa maut di tempat kejadian (Foto: Facebook)


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kenderaan itu diminta menghubungi Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668 atau Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan," katanya.


Seorang Meninggal Dunia


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.23 pagi itu, pemandu Proton Wira telah merempuh sudut belakang motosikal jenis Kawasaki KLE650 yang ditunggang oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen yang bertugas di Depot Tahanan Sementara Sungai Bakap, Muhammad Nizam Shamsudin, 46.




Pelanggaran tersebut menyebabkan motosikal yang dibawanya hilang kawalan dan terjatuh di lorong kecemasan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.


 


Mangsa kedua ialah  Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen di depot sama, Zaili Nizam Muhammad, 43, yang sedang menunggang motosikal jenis sama di bahagian belakang mangsa. Zaili patah kaki kanan kerana tidak sempat untuk menahan motornya daripada merempuh motosikal Muhammad Nizam. 




Ketika kejadian, mangsa dan suspek dalam perjalanan ke Gurun. 


Al-fatihah kepada mangsa.


Sumber: Utusan, Harian Metro


Baca: PROTON Catat Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 9 Tahun!

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia




Tag:

kemalangan
Proton Wira Aeroback
Kawasaki
kemalangan maut
langgar lari
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026