Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PRO-NET Adalah Anak Syarikat Baharu PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lembaga pengarah PROTON bersama pasukan pengurusan.

PROTON telah menubuhkan sebuah anak syarikat baharu, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) bagi menguruskan jualan dan pengedaran kenderaan Smart #1 serta kenderaan tenaga baharu (NEV).

Difahamkan, anak syarikat PROTON itu akan dikendalikan oleh pasukan pengurusan yang berasingan manakala kakitangan operasi akan terdiri daripada pekerja luar daripada pelbagai industri.

Sebelum ini, Caricarz ada melaporkan bahawa jualan kenderaan elektrik smart #1 akan dijadualkan bermula pada awal suku keempat pada tahun 2023. 


Smart #1

Malah, PROTON akan bertanggungjawab sebagai pengedar, penjual dan servis kenderaan elektrik  itu di pasaran Malaysia dan Thailand.

Difahamkan, hanya satu model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkan sebelum mengembangkannya ke model keluaran Smart Automotive yang lain.

Di sebalik kedatangan Smart #1, timbul pula kebimbangan mengenai isu pengecasan yang dilontarkan para pelanggan.

Untuk itu, PROTON berkata, rancangan semasa adalah untuk menggunakan rangkaian pengecasan berasaskan rumah dan awam.


CHUNRONG

“Kajian kami menunjukkan penghalang kepada pengguna untuk membeli kenderaan tenaga baharu adalah kerana mereka bimbang dengan penyediaan rangkaian pengecasan. 

“Jadi, PRO-NET berhasrat untuk menangani isu ini dengan gabungan pemasangan dan penyelenggaraan pengecas di rumah dengan rangkaian awam komprehensif yang dibina bersama rakan kongsi yang pakar dalam pembangunan dan pengendalian stesen pengecasan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong.

Sebagai penyelesaian,  PROTON, PRO-NET akan bertanggungjawab memastikan produk dan perkhidmatan kami boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

Tahniah PROTON!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026