Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ratu Elizabeth Kustom Sendiri Kereta Jenazah Jaguar XJ

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jaguar XJ yang telah diubahsuai menjadi kereta jenazah Kerabat Diraja Britain.

Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September dilaporkan telah disemadikan di King George VI Memorial Chapel , London semalam.

Istiadat pengebumian yang diadakan secara besar-besaran itu dihadiri pemimpin dari seluruh dunia di mana keranda baginda diarak melalui jalan-jalan yang sesak di kota raya London.

Selepas istiadat pengebumian, keranda berisi jasad Ratu Elizabeth II yang dibalut bendera dan dihiasi Mahkota Imperial, dibawa dengan menggunakan Jaguar XJ.

Untuk info, kenderaan ini telah diubahsuai oleh syarikat limosin, Wilcox Limousines.

Ini bukan kali pertama syarikat limosin itu mencipta kenderaan untuk kerabat diraja.

Terdahulu, syarikat itu pernah mengubah suai sebuah jaguar yang digunakan pada acara pengebumian bonda Ratu Elizabeth II pada tahun 2002. 

Penggunaan kereta Jaguar dalam perjalanan terakhir kerabat diraja Britain sebenarnya mempunyai nilai sentimental tersendiri. 

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang kereta jenazah Ratu Elizabeth: 

1. Jaguar XJ dikustom sendiri oleh Elizabeth

2. Guna warna badan rasmi kenderaan Diraja, Royal Claret

3. Dihasilkan mengikut spesifikasi seperti mana yang dikehendaki Elizabeth

4. Kenderaan yang dihiasi dengan cermin itu sebenarnya bertujuan untuk membolehkan orang ramai melihat kerandanya

5. Ada logo patung gangsa bersalut perak St.George 

6. Ada tingkap lebar di bahagian sisi, belakang dan hadapan


Bahagian atas dilengkapi dengan panel kaca.

Ketika mendiang tiba di Scotland, Ratu Elizabeth dibawa dengan Mercedes Benz limousin. Kenderaan mewah itu disediakan sendiri oleh Pengarah Syarikat Pengebumian Tempatan, William Purvee.

Pada mulanya, kenderaan itu dikatakan berwarna perak namun selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, ia dibalut dengan warna hitam.


Jasad Ratu Elizabeth diarak dengan menggunakan Mercedes-Benz sejurus tiba di Scotland.

Saya mengesahkan van jenazah itu adalah salah satu daripada armada Mercedes-Benz E-Class warna perak kami yang dibalut dengan warna hitam untuk mematuhi protokol Diraja,” kata jurucakap syarikat tersebut.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik.

21-07-2025
Berita Auto

Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.

21-07-2025
Berita Auto

Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?

JPJ bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara.

21-07-2025
Berita Auto

Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas

Baru 11 tahun sudah berani memandu kereta. Padahnya? Kereta dipandu terperosok ke dalam longkang.

21-07-2025
Berita Auto

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.

19-07-2025
Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025