Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sambutan Luar Biasa, Ramainya Guna SUKE

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lebuhraya SUKE.

Semalam Kosmo melaporkan masih ramai yang tidak menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) memandangkan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dilihat sesak teruk seperti biasa.

Namun lain laporan berita hari ini.

Ada media tempatan melaporkan hampir 100,000 kenderaan direkod menggunakan (SUKE) sebaik ia dibuka kepada pengguna bermula Jumaat lalu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS),  Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Laluan baharu itu menerima sambutan yang cukup luar biasa memandangkan purata trafik harian (ADT) untuk fasa pertama ialah sekitar 80,000 kenderaan sehari tetapi ia menjangkaui kepada 100,000.

“Kebanyakan pengguna terawal lebuh raya SUKE terdiri penduduk sekitar yang mengambil kesempatan cuti umum sempena Hari Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman perjalanan di atas lebuh raya bertingkat terbaharu di Lembah Klang ini,” katanya dalam satu kenyataan.


SUKE dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat lalu sempena Hari Malaysia.

Fasa pertama SUKE bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) dibuka kepada pengguna mulai 12 tengah Jumaat lalu.

Ia bermula dari persimpangan Cheras-Kajang hingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.

Lebih menarik,  tol secara percuma diberikan pengguna SUKE selama sebulan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026