Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suspek Kini Sedang Diburu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hanya kerana coklat, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawanya!

Itulah aksi yang berjaya dirakam ketika suspek cuba melarikan kepingan coklat dari sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru.

Lebih mengerikan apabila suspek turut merosakkan beberapa kenderaan ketika cuba melarikan diri dari sebuah parkir.

Lelaki bertubuh gempal itu pada mulanya melarikan diri dengan membawa sebuah beg yang berisi dengan kotak coklat dan beberapa barangan lain sebelum ditahan sekumpulan orang awam.

Suspek yang bergelut dengan orang awam bagaimanapun, berjaya melepaskan diri.


Orang ramai kemudian mengejar lelaki berkenaan sehingga ke kawasan parkir bangunan pasar raya itu namun suspek sekali lagi  berjaya meloloskan diri dengan menaiki sebuah Honda City berwarna merah. 

Suspek dilihat agak berani kerana berusaha sedaya-upaya melarikan diri walaupun dikerumuni lebih 10 lelaki yang cuba menghalangnya daripada keluar dari bangunan berkenaan.

Malah,  ada yang cuba menghalangnya dengan memecahkan cermin keretanya tetapi usaha orang ramai gagal apabila suspek  berjaya melarikan diri dengan merempuh beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.

Aksi lelaki itu yang memandu kenderaan secara tergesa-gesa sehingga merosakkan beberapa kenderaan lain, kini turut tular di internet. 


Di sebalik kejadian itu, seorang wanita turut ditahan yang dipercayai teman wanita suspek.


Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan positif dadah selain mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah.

Polis kini sedang memburu suspek lelaki yang turut mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes curi dalam bangunan dan dadah.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026