Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tersalah Masuk Kereta, Pelajar Ini Ditembak Mati

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kesilapan yang membunuh. Malang menimpa seorang pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat, apabila dia ditembak mati selepas cuba untuk memasuki sebuah kereta yang salah, lapor NBC News.


 


Dalam tragedi yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lepas, mangsa, Carson Senfield menggunakan perkhidmatan Uber untuk pulang ke rumahnya pada jam 1 pagi (waktu tempatan).




Menurut pihak Polis Tampa, Carson cuba memasuki kereta lain yang diletakkan di kawasan berhampiran. Seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu terkejut dan risau kerana individu tidak dikenali cuba memasuki keretanya. Kerana terlalu takut, dia mengambil tindakan menembak Carson.


Pelajar tersebut disahkan mati di tempat kejadian pada jam kira-kira 1.30 pagi. Lelaki yang telah menembak pelajar itu berada di lokasi semasa polis tiba. 




Ayah Carson, Darren Senfield berkata, “Dia sedang menyambut majlis hari jadi dengan kawan-kawannya pada petang Jumaat.”




Keluarganya tidak menyangka ulang tahun kelahirannya yang ke-19 adalah yang terakhir baginya. 


Kehilangan Carson turut dirasai oleh universiti yang menjadi tempatnya menuntut pengajian, “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar berkenaan serta semua yang terlibat dalam insiden ini.


“Pihak universiti menghargai semua masyarakat setempat dan turut berduka atas kehilangan tragis ini,” kata Universiti Tampa dalam satu kenyataan.




Siasatan kejadian malang ini masih berlangsung dan keputusan akan diumumkan oleh Pejabat Peguam Negara.


Sumber: NBC

Tag:

Uber
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kia Eropah Bekerjasama Dengan Uber – Pemandu Uber Dapat Guna EV?

Kia Eropah dan Uber telah mengumumkan kerjasama untuk merealisasikan mobiliti elektrik.

16-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026