- Berita
- Global
- Australia Perkenal Plat R Untuk Bantu Pemandu? Ini Penjelasannya

R membawa maksud "return" atau kembali
Baru-baru ini, Australia telah melancarkan plat kereta baharu, R, yang bermaksud “return.” Apa fungsinya? Teruskan membaca untuk penjelasan.
Sepertimana lesen P dan L, simbol R kini pelekat baharu yang boleh dipasangkan pada kereta di negara Australia. Fungsinya adalah untuk membantu pemandu yang berkemungkinan besar memiliki trauma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya atau mereka yang sudah lama tidak memandu.
Return = Kembali
Plat terbaharu ini dilancarkan oleh syarikat servis kereta, mycar (dulu dikenali sebagai Kmart Tyre & Auto).
“Kita prihatin terhadap mereka yang mengalami kecederaan fizikal kerana insiden jalan raya, namun tidak ramai yang memikirkan bagaimana trauma kemalangan jalan raya boleh memberi kesan kepada mental [seseorang].

Kemalangan boleh menyebabkan trauma kepada ramai orang (Foto: Freepik)
“Plat R menjadi tanda kepada pengguna jalan raya lain bahawa pemandu mungkin memerlukan penjagaan tambahan, berikan mereka masa dan ruang untuk bertenang atau kembali pulih [daripada trauma].
“Pemandu yang baru kembali memandu dapat memandu dengan lebih yakin dalam suasana yang penuh dengan sokongan,” katanya.
Selain itu, pada plat R tersebut turut terdapat kod QR yang apabila diimbas akan membawa kepada khidmat sokongan profesional.

Terdapat kod QR yang boleh diimbas pada plat R tersebut (Foto: Mycar)
Profesor Madya daripada University of Melbourne, Dr Jason Thompson berkata, "Kembali ke jalan raya boleh menjadi satu pengalaman yang menakutkan dan mendebarkan, kita dapat membantu mereka yang sedang berusaha untuk kembali pulih hanya dengan mengetahui perasaan mereka," ujarnya.
Cadangan penggunaan plat R ini walau bagaimanapun bukanlah cadangan rasmi oleh mana-mana pihak berkuasa pengangkutan di Australia, tetapi penggunaan plat ini tidak dianggap sebagai satu tindakan yang menyalahi undang-undang.
Pada pendapat anda, adakah negara Malaysia juga patut menggunakan pendekatan yang sama untuk membantu pemandu lain yang memerlukan sokongan selepas terlibat dalam kemalangan? Kongsikan pendapat di bawah.
Sumber: 7News
Baca: Terlanggar Sofa Di Tengah Jalan, Warga Emas Ini Maut
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
