- Berita
- Berita Auto
- Bawa Motor Sambil Bogel, Orang Ramai Terkejut
Mungkin lelaki ini sakit mental!
Apa tidaknya, jika seseorang itu normal, mereka tidak akan telanjang bulat di khalayak ramai.
Seorang lelaki dirakam menunggang motosikal dalam keadaan bogel di tengah bandar Melaka.
Apa yang menjadi persoalan, walaupun dia tidak mengenakan sebarang pakaian namun dia tetap menjaga keselamatannya dengan memakai topi keledar dan selipar.

Rata-rata netizen bimbang dan khuatir dengan keadaan kesihatan mental lelaki tersebut.
“Saya pernah terserempak dengan dia beberapa kali. Malu bila ternampak aurat dia. Takkan nak biarkan lama-lama macam ni? Pihak berkuasa kena ambil tindakan,” komen seorang netizen.
“Nampak macam tak waras. Risau apa-apa berlaku kepada dia selepas video ni tular,” tulis seorang lagi netizen.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
