Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Brek Kecemasan Automatik (AEB) Tidak Berkesan Pada Kelajuan Normal?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ujian pelanggaran di simpang T (Foto: AAA)


Kajian daripada Persatuan Automobil Amerika (AAA) mendedahkan bahawa brek kecemasan automatik (AEB) hanya berfungsi dalam situasi tertentu iaitu pada kelajuan rendah dan bukannya dalam situasi kemalangan sebenar yang biasa berlaku.


Pengarah Hal Ehwal Awam AAA Oregon/Idaho, Marie Dodds berkata, “Brek kecemasan automatik telah direka supaya dapat berfungsi baik namun hanya pada tahap yang tertentu, iaitu untuk mengelakkan pelanggaran belakang atau mengurangkan kesan pelanggaran. Ujian AAA menunjukkan AEB tidak berfungsi baik dalam senario pemanduan biasa.”


Tambahnya, “AEB tidak efektif semasa kereta dipandu pada kelajuan tinggi dan mempunyai masalah untuk mengesan kenderaan yang datang dari arah depan yang membelok.”


Bagaimana sistem AEB berfungsi?


Ujian pelanggaran dari arah bertentangan (Foto: AAA)


AEB menggunakan kamera pandang hadapan dan sensor-sensor lain untuk menyalurkan maklumat kepada kenderaan tentang kenderaan yang berada di hadapan. Apabila ada kenderaan dikesan, kereta akan dibrek secara automatik. 


Dua ujian yang telah dijalankan AAA


  • Bagaimana sistem AEB beroperasi apabila berdepan dengan kenderaan pegun semasa berada pada kelajuan antara 30 ke 40 batu sejam? 

  • Bagaimana sistem AEB beroperasi semasa berdepan dengan kenderaan yang sedang bergerak di simpang T dan semasa kenderaan yang datang dari arah bertentangan membelok?


Hasil ujian


Ujian pelanggaran berkelajuan 40 batu sejam (Foto: AAA)


  • Pada kelajuan 30 batu/jam, AEB berjaya mengelak pelanggaran daripada berlaku dalam 17 daripada 20 ujian (85%) yang dijalankan.

  • Namun pada kelajuan lebih tinggi iaitu 40 batu/jam, sistem AEB hanya berjaya mengelakkan kemalangan daripada berlaku dalam 6 daripada kesemua 20 ujian (30%).

  • Dalam situasi simpang T dan ketika kenderaan bertentangan membelok, kemalangan berlaku dalam kesemua ujian atau 100%. AEB gagal untuk memberi amaran kepada pemandu atau memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan pelanggaran. 


Cadangan daripada AAA kepada pengeluar kenderaan dan pemandu

Kereta robotik lembut yang digunakan dalam ujian AEB

  • Pengeluar kereta atau agensi berkaitan perlu memberi tumpuan kepada pembangunan sistem dan pembentukan protokol ujian yang lebih baik dan mampu untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan yang sering berlaku dalam situasi sebenar.

  • Pengeluar kereta perlu memperbaik sistem AEB bagi membantu pemandu dalam situasi pelanggaran di simpang. Sistem AEB patut diletakkan sebagai ciri standard pada kesemua model. 

  • Pemandu perlu faham bagaimana sistem AEB berfungsi dan ini termasuklah kekurangan sistem tersebut. Pemandu tidak sepatutnya bergantung pada AEB sepenuhnya untuk mengelakkan pelanggaran. Masih tiada lagi teknologi yang berfungsi 100%. Penting untuk pemandu kekal berwaspada. 


Sumber: AAA

Baca: iPhone 14 Ada Ciri Pengesan Kemalangan Kereta? Ini Cara Ia Berfungsi...

Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!

Tag:

kemalangan
AEB
ujian pelanggaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto
Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto
Motosikal Gesel, Remaja Maut

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto
Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto
Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur