- Berita
- Berita Auto
- Jalan Sesak Gara-Gara Muatan Beras Terjatuh

Beberapa guni beras terkoyak menyebabkan beras berterabur di atas jalan raya.
Lalu lintas di persimpangan Permatang Sintok, Kepala Batas, Butterworth sesak lebih 10 kilometer apabila beberapa guni besar yang mengandungi beras terjatuh daripada sebuah treler.
Kejadian berlaku apabila tereler yang sarat membawa muatan beras itu membelok ke kanan di kawasan persimpangan berkenaan.Susulan itu, beberapa guni beras bertaburan di tengah-tengah laluan berkenaan sehingga menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan.
Mujur tiada kemalangan jiwa.

Muatan beras itu terkeluar ketika treler membelok.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tiada sesiapa yang dilihat memberhentikan kenderaan dan mengutip puluhan guni beras yang bertaburan di jalan raya.
Sebaliknya, sebuah kren dibawa ke tempat kejadian untuk mengangkat dan mengalihkan beras berkenaan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
