Link Copiedcheck_circle
EV

Revolusi Mobiliti Urban Hijau Malaysia Bermula! Blueshark Meterai Perjanjian Kerjasama Pelbagai Hala

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Blueshark dan EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mengumumkan usaha sama pelbagai hala yang dimeterai dengan beberapa pemain industri tempatan termasuk Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) sebagai sebahagian daripada langkah pengenalan dalam pasaran Malaysia. 




Blueshark bakal mendukung mobiliti mampan bagi rakyat Malaysia dengan menggabungkan teknologi canggih dan pendekatan holistik terhadap mobiliti urban hijau. Tujuannya adalah untuk menajdi pemangkin perniagaan dari segi logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain dapat membantu menggiatkan lagi ekonomi sambilan; ini sekaligus dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada komuniti B40. 


Di samping produk dan model perniagaannya, Blueshark turut komited untuk mempertingkat infrastruktur bagi kenderaan elektrik dua roda (2WEV) dengan menyediakan ekosistem berdaya maju yang dibina untuk menyokong pertumbuhannya dalam skali nasional. 


Menawarkan Produk Mampu Milik


Naib Pengerusi Eksekutif (Bukan Bebas) EP Manufacturing Bhd (EPMB), Zulkefly bin Baharuddin menyatakan, “Sementara dunia bergegas ke arah mobiliti hijau dan penyahkarbonan, kami percaya bahawa cara yang paling efektif untuk menggiatkan penerimagunaan EV adalah dengan membekalkan para pengguna akses ke atas produk yang lebih baik dan mampu milik, dikuasakan oleh solusi tenaga yang berwajaran serta ekosistem yang lengkap untuk menyokongnya. Sehubungan itu, kami percaya bahawa sebagai perintis dalam industri ini, Blueshark merupakan jenama paling diyakini yang memiliki teknologi, infrastruktur dan ketersediaan untuk menembusi pasaran pada saat ini.”



Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN) EP Blueshark Sdn Bhd, Jeff Chong Chan berkata, “Langkah yang sedang diorak ini adalah asing dalam sejarah automotif dunia, dan kami percaya bahawa berbekalkan ekosistem produk dan model perniagaan kami yang unik, kami dapat menjadikan produk kami lebih mudah untuk diakses oleh semua, terutamanya golongan B40 dan kami akan memberi perhatian khusus untuk memperkasakan golongan yang kurang mendapat perhatian ini dengan subsidi, peluang pekerjaan hijau, program keusahawanan hijau dan banyak lagi.” 


Skuter Elektrik Pintar Pertama Yang Akan Ditawarkan: Blueshark R1




Produk pertama yang akan ditawarkan ialah skuter elektrik pintar, Blueshark R1  yang menggunakan sepasang bateri dengan kapasiti gabungan 2.88 kWh. Kuasa disalurkan kepada motor elektrik berkelajuan tinggi, 5,000W, yang boleh menjana 67 hp/201 Nm. Teknologi yang digunakan membolehkan motor bergerak sejauh 160 km pada kelajuan 25 km/j. 




Model ini menggunakan teknologi penukaran bateri lithium besi fosfat (LFP) yang canggih. Teknologi ini membekalkan sumber tenaga yang efisien, membolehkan skuter mencapai jarak perjalanan sejauh 110 km. Teknologi penukaran bateri mudah bermaksud waktu pengecasan semula yang jauh lebih singkat.


Pembukaan Pusat 3S


Pusat 3S Blueshark akan dibuka tidak lama lagi di Glenmarie bagi membuktikan komitmen syarikat dalam penyediaan infrastruktur dan sokongan ekosistem kepada pengguna. 


Layari www.blueshark.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lebih lanjut mengenai revolusi mobiliti urban hijau Blueshark di Malaysia.

Baca: Pemasangan CKD Skuter EV Blueshark Diluluskan MITI


Tag:

EPMB
EP Manufacturing Berhad
Blueshark
Blueshark R1
Skuter Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

EPMB Terus Catat Keuntungan, Sasar Pasaran Eksport Dengan Model Baharu

EP Manufacturing Berhad (EPMB) menutup tahun kewangan dengan pencapaian yang membanggakan.

03-03-2025
Berita Auto

Model GWM Bakal Dipasang CKD, Kerjasama Dengan EPMB

GWM Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd.

19-10-2023
EV

Kerjasama Syarikat Malaysia, EPMB & Syarikat AS, SGI, Hasil EV Pada Harga Marhaen

EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan SAEAN Group Inc (SGI).

18-10-2022
EV

Pemasangan CKD Skuter EV Blueshark Diluluskan MITI

EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah menerima lampu hijau daripada MITI untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) motosikal elektrik.

04-10-2022
EV

Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*

Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.

12-10-2025
EV

Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.

14-05-2025
EV

Skuter Elektrik Blueshark Kini Ada Lebih 50 Cawangan Di Seluruh Malaysia, Boleh "Ride4Free" Sekarang!

Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark, telah memperluaskan rangkaiannya di seluruh Malaysia.

16-05-2024
EV

Pemasangan CKD Skuter EV Blueshark Diluluskan MITI

EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah menerima lampu hijau daripada MITI untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD) motosikal elektrik.

04-10-2022

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026