Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Mewah Cecah RM41K Dirampas Kastam! Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tayar yang dirampas (Foto: JKDM JOHOR)


Belum sempat tiba ke destinasi, dua buah Toyota Alphard yang dipenuhi dengan tayar kereta mewah telah ditahan oleh pihak kastam di Taman Cemerlang Lancar, Senai, Johor Bahru pada 26 September lepas. 


Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Sazali Mohamad berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut diekori oleh pasukan JKDM Johor dari pintu masuk sempadan negara di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah sebelum berjaya ditahan pada pukul 10 malam. 


Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Sazali Mohamad (Foto: JKDM JOHOR)


"Hasil pemeriksaan anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai, JKDM Johor ke atas dua MPV berkenaan mendapati tayar pelbagai jenama dan saiz disumbat dalam kenderaan itu.


"Terdapat 69 tayar baharu pelbagai jenama dan saiz dipercayai tidak berkastam yang diimport dari luar negara dalam kedua-dua MPV berkenaan.


"Tayar yang diseludup ini adalah tayar bagi kenderaan mewah dengan saiz 19 inci ke atas," katanya dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor di sini pada Ahad.


Nilai tayar baharu yang dibawa masuk secara haram dari negara jiran itu dikatakan mencecah kira-kira RM41,400 dengan jumlah cukai RM19,500.


"Mereka akan membawa barangan ini melalui laluan penumpang di pintu masuk negara dekat selatan tanah air," ujar beliau.


Selain itu, pihak kastam turut merampas dua buah Toyota Alphard bernilai RM80,000. 


"Kedua-dua pemandu MPV yang berusia antara 36 hingga 41 tahun itu kemudian ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan tidak berkastam," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Baca: Wanita Itu Membuat 52 Transaksi Yang Berjumlah RM255,250 Ke Dalam Lapan Akaun Berasingan


Tag:

Toyota Alphard
JKDM
Kastam
tayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Berita Auto

14 Kenderaan Merempuh Sesama Sendiri, Inilah Padah Ikut Rapat Sangat, - Netizen

14 kenderaan berlanggaran sesama sendiri di BKE, awal pagi tadi.

05-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Parkir Depan Rumah Pun Boleh Terbakar

Toyota Alphard yang diletakkan di hadapan rumah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, secara tiba-tiba terbakar pada Ahad lalu.

04-09-2024
Berita Auto

UMWT Akan Buka Tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023?

Benarkah UMWT akan menerima tempahan Alphard dan Vellfire? Ini pendedahannya...

04-07-2023
Berita Auto

Kereta Penuh Selut, Ruangan Komen Penuh, Ada Yang Marah, Ada Juga Simpati

Tular beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kereta jenis Alphard dipenuhi dengan selut yang sudah keras.

06-03-2023
Berita Auto

Pesara Polis Maut, Kereta Hilang Kawalan Tiba-Tiba

Kemalangan di Jalan Labok - Banggol Judah, dekat Kampung Gendang Lima, Machang petang semalam telah menyebabkan seorang pesara polis maut.

06-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026