- Berita
- Berita Auto
- Turun Bukit, Lori Brek Tak Berfungsi!

Bayangkanlah, semasa turun bukit brek kereta tak berfungsi? Menyeramkan! Inilah yang berlaku kepada sebuah lori dalam satu kejadian di Kilometer 42.9, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala timur, Bentong baru-baru ini.
Kemalangan yang membabitkan sebuah lori, kereta dan treler ini berlaku pada jam 9.20 malam, jelas Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun bersama kelindan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menghala ke Kuantan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, brek lori berkenaan dikatakan tidak berfungsi ketika menuruni bukit sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun.

Pergerakan lori yang laju kerana tidak dapat dikawal ini dirakamkan melalui dashcam
"Malah, lori berkenaan juga bergesel dengan kereta Proton Saga berada di hadapan yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelihatan pemandu lori cuba menekan brek namun gagal berfungsi
![]()
Saat-saat semasa rempuhan berlaku
Kemalangan tersebut menyebabkan pemandu, kelindan lori dan juga seorang lelaki yang terlibat cedera, mereka dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Komen penulis: Nasib baik tiada yang maut!
Sumber: Harian Metro
Baca: Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!
Baca: Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh
Baca: Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv