Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Pemandu Honda Buat Helah Untuk Elak Bayar Tol

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Cari pasal! Seorang pemandu kereta Honda Civic yang mementingkan diri sendiri mengekori rapat kenderaan lain untuk mengelakkan diri daripada membayar tol. 


Video berdurasi 2 minit 14 saat yang dikongsi di TikTok oleh @nhm0312 itu membongkarkan bagaimana pemandu Honda ‘ketam’ tersebut membuat helahnya. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.39 malam, Isnin lalu di Plaza Tol MEX Salak Selatan, Honda tersebut  pada awalnya dilihat tidak berjaya melepasi palang tol di sebuah lorong Touch n Go sebelum bertindak mengundurkan kenderaan untuk kononnya memberi ruang kepada kenderan belakang. 


Semasa mengundur, turut kelihatan di dalam video tersebut sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai rakannya sedang menunggu di lorong sebelah (belum melepasi palang tol). 




Sebaik perakam/mangsa diberi ruang untuk memasuki lorong Touch n Go sama, Civic tersebut ‘mencucuk’ bahagian belakang kereta supaya dapat melalui tol tanpa perlu membayar. 




Insiden yang dikongsikan di TikTok ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 



Kebanyakan pengguna TikTok mengecam tindakan Honda Civic tersebut, namun ada juga yang bersangka baik, katanya, mungkin pemandu berkenaan terlupa mengisi kredit atau tertinggal kad Touch n Go. 


Namun ramai yang mengkritik ‘pandangan husnuzon’ tersebut kerana itu bukanlah alasan yang membolehkan pemandu tersebut menganiayai kenderaan lain. 


Salah satu komen yang ditinggalkan oleh pengguna Tik Tok, Platy, berkata, "Kalau terlupa top up, memang bolehlah tailgate orang tak nak bayar tol? Pergilah inform orang bertugas di situ. Even MyKad pun boleh top up kalau tak bawa kad Touch n Go.”


Hasil semakan mendedahkan, Honda Civic dengan nombor pendaftaran VDE 6083 telah memiliki 11 saman berjumlah RM2,350, sementara rakannya yang memandu Honda City dengan nombor pendaftaran PNK 7005 memiliki 17 saman berjumlah  RM3,600.


Baca: Honda Dedah SUV Elektrik Pertamanya, Prologue 2024, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini...


Baca: Honda Panggil Semula Civic 2022 & City Hybrid 2021


Tag:

Honda Civic
Honda City
viral
viral video
viral dashcam video
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!

9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!

Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.

28-01-2026
Global
Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Kereta Baru
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Kereta Baru
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

12-12-2024
Berita Auto
Honda Civic Type R  Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Berita Auto
Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...

02-08-2024
Berita Auto
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto
Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.

06-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026