Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gara-Gara Ejekan, Sebuah Myvi "Dikerjakan"!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Orang ramai melihat sebuah Myvi diterbalikkan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai, Johor.

Gara-gara perbuatan mengejek , sebuah kereta Myvi diterbalikkan!

Itu yang berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai, Johor itu sehingga tular di internet.

Difahamkan, pemandu Myvi itu telah melanggar seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal. Dia kemudian cuba melarikan diri sejurus kejadian.

Namun, usaha pemandu Myvi itu terhalang kerana ada beberapa  kenderaan lain lalu masuk ke stesen minyak itu. 

Dia yang dikerumuni orang ramai tidak diapa-apakan namun lelaki berkenaan mencari "nahas" sebaik beberapa anggota peronda polis membawanya masuk ke dalam kenderaan polis bagi meredakan situasi.

Namun lain pula jadinya apabila pemandu Myvi itu mengejek orang ramai menyebabkan keretanya "dikerjakan" sehingga kemek teruk. 

“Gara-gara ejekan itu, segelintir individu  bertindak memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan dengan menggunakan topi keledar sebelum terbalikkan kereta itu,” kata seorang saksi kejadian.

Klip video itu menunjukkan stesen minyak berkenaan dibanjiri dengan penunggang motosikal manakala ada yang bersorak ketika kereta yang kemek teruk  itu diterbalikkan.

Susulan itu, pihak polis telah menahan tiga individu dan masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.


Tag:

Perodua Myvi
King Myvi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

2 Kereta Terbakar Ketika Tunjuk Ekzos Berapi, Mujur Pemandu Tak Mati

Sebuah Perodua Myvi terbakar 90% manakala Toyota Vios terbakar 2% ketika si pemandunya menunjukkan aksi ekzos terbakar dalam satu pameran kereta di Klang.

22-12-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026