Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Keluarkan 2,319 Saman Atas Kesalahan Penggunaan Lampu Strobe, Beacon, Masih Ramai Berani

Suhana Veru

Kongsi melalui

Penggunaan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob yang digunakan oleh kereta biasa sebenarnya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

Biarpun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, namun masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya.


Contoh lampu strobe dan beacon.

Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 2,319 saman terhadap 1,223 kenderaan persendirian.


ZAILANI.

Saman itu dikeluarkan bermula dari Januari hingga Oktober 2022 ke atas kenderaan yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strobe tanpa kebenaran.

“Sebarang pemasangan lampu seperti beacon dan strobe pada kenderaan tanpa kebenaran JPJ adalah tidak dibenarkan kerana pancaran cahaya dan tatacara penggunaanya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

“Ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.170/59 dan boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta 333 JPJ,” katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan media yang dimuat naik ke Facebook rasmi JPJ.

Untuk info, lampu amaran khas ini dipasang untuk menarik perhatian pengguna jalan raya dengan memaklumkan mengenai kehadiran kenderaan tersebut semata-mata untuk mendapatkan hak untuk menyuraikan kenderaan di atas jalan raya.

Tambah kenyataan itu, hanya kenderaan jabatan atau agensi yang diwartakan di bawah Akta 333 yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas kecemasan dan penguatkuasaan sahaj dibenarkan menggunakan lampu terbabit.

Ini bermakna, hanya kenderaan seperti ambulans, bomba, kastam, polis, Jabatan Penjara dan JPJ  dibenarkan menggunakan lampu itu untuk mendapat hak laluan lain di jalan raya dengan cara membunyikan siren dan hon dua nada dengan syarat pemandu kenderaan berkenaan tidak memandu secara berbahaya, cuai dan tidak bertimbang rasa, seperti mana diperuntukan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi yang masih terlepas daripada dikenakan tindakan, anda dinasihatkan untuk menanggalkan lampu tersebut dengan serta-merta.

Ini kerana jika disabit kesalahan, anda boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Pilihan di tangan anda!


Tag:

Road Transport Department (JPJ)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

JPJ Anjur Program "Jom Menunggang Motosikal Dengan Selamat" Di Cameron Highlands

Jabatan Pengangkutan Jalan memberi advokasi kepada masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

22-02-2023
Berita Auto

Ada Sebab Kenapa Kementerian Pengangkutan Guna Lesen Digital, Rupanya Boleh Jimat Sampai Berpuluh Juta

Percaya atau tidak, pelaksanaan sistem pendigitalan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu persendirian sebenarnya membantu Kementerian Pengangkutan menjimatkan kos hampir RM96 juta setahun.

15-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026