Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebuah kereta Myvi remuk teruk di bahagian belakang.

Gara-gara pokok tumbang, enam orang cedera kerana kereta dan motosikal yang dinaiki mereka dihempap pokok namun mujur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian yang berlaku di Taman Maluri, Kuala Lumpur itu melibatkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal.

Pokok itu dikatakan tumbang disebabkan hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu negara petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Mazuri Mat Zain berkata, enam mangsa itu terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak.

“Kesemua mangsa cuma cedera ringan namun mereka berada dalam keadaan trauma,” katanya.

Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan dalam Facebook,  siapa sahaja berada di tempat mangsa sudah pasti berada dalam keadaan trauma.


Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam memotong pokok bagi mengalihkan pokok itu.

Apa tidaknya, batang pokok yang bersaiz besar yang menghempap sebuah kereta Myvi menyebabkan ia  remuk teruk di bahagian belakang.

Pada musim hujan ini, elakkan  parkir kereta  di bawah pokok kerana ada kemungkinan pokok tersebut boleh tumbang pada bila-bila masa dan menghempap kereta anda.

Tag:

JBPM
bomba
angkatanpertahananawam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Elak Risiko Bahaya, Bomba Akan Sedia Panduan Pemasangan Panel Solar

JBPM akan menyediakan garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara.

22-03-2024
EV

Garis Panduan Bina Stesen Pengecas EV Akan Diumumkan

JBPM telah menyediakan garis panduan untuk stesen pengecas kenderaan elektrik.

26-07-2023
Berita Auto

10 Kereta, 5 Motosikal Berkuasa Besar Polis Musnah Dalam Kebakaran

Sepuluh buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar hangus terbakar.

12-09-2022
Berita Auto

Tanah Mendap, Lima Kenderaan Rosak

Kejadian tanah mendap itu pernah berlaku di lokasi sama pada tahun 2017.

26-01-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026