- Berita
- Berita Auto
- Pasca PRU-15: PDRM Laksana SJR Di Seluruh Negara

Kenyataan media PDRM.
Teka-teki siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 masih belum terjawab walaupun sudah empat hari rakyat setia menanti keputusannya.
Apapun bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara.
Difahamkan anggota polis dikerahkan bertugas selama 24 jam bermula semalam.

SJR di Bentong, Pahang semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
“Ia adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence' atau kehadiran polis selain bertujuan untuk menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
“Bagaimanapun, demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, netizen berkongsi gambar beberapa sekatan jalan raya di Lembah Klang yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan.
Untuk itu, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak.
"Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal," tambahnya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
